"Selfie my friend", Itu gurauan Ulisses Morais, pengendali baru Johor Darul Takzim kepada penulis yang mahu bergambar kenangan dengannya baru-baru ini.
Dengan nada seloroh, Morais atau nama penuhnya Ulisses Manuel Nogueira Morais mengajak penulis 'berselfie' daripada bergambar secara 'formal'.
Walaupun jurulatih kelahiran Portugal berusia 57 tahun itu kurang fasih berbahasa Inggeris, beliau tetap 'sporting' untuk berbual dengan penulis ketika perjumpaan kami di sebuah hotel lima bintang di Kuantan.
Ia adalah pertemuan pertama penulis dengan jurulatih yang akui lebih senang dipanggil Ulisses itu sejak beliau dilantik menjadi jurulatih Harimau Selatan Jun lalu.
Karakter bersahaja dan merendah diri Morais mengingatkan penulis kepada Mario Gomez yang suka mengusik penulis tiap kali penulis mahu menemuramahnya.
Antara gurauan yang masih segar dalam ingatan penulis, " Want interview?... Three hundred US Dollars".
Difahamkan, karakter Morais juga disenangi pemain-pemain JDT. Ia petanda baik buat pasukan gergasi tanahair ini walaupun masih terlalu awal untuk menilai kemampuannya untuk menyamai pencapaian Gomez.
Gomez yang berasal dari Argentina memiliki rekod cemerlang bersama JDT menerusi beberapa kejuaraan domestik dan paling bersejarah membantu JDT menjadi pasukan pertama Malaysia memenangi Piala AFC pada 2015.
Mengenai falsafah bola sepak Morais dengan Gomez mungkin ada perbezaan, namun tampak sudah ada perubahan positif ditunjukkan pemain di bawah kendalian Morais berbanding ketika bimbingan jurulatih terdahulu Benjamin Mora.
Cuma, penulis berpandangan Morais harus fasih berbahasa Inggeris untuk memudahkannya memberi arahan kepada pemain kerana komunikasi juga antara elemen penting untuk kejayaan sesebuah pasukan.
Hadir ke bumi Johor ketika JDT sudah terlepas tiga piala, Morais berpeluang mencipta nama dengan membantu pasukan ini mempertahankan gelaran Liga Super dan memenangi Piala Malaysia sebagai hadiah buat peminat JDT.
Apa pun, penulis sempat juga belajar bahasa Portugis ketika pertemuan singkat dengan Morais antaranya Ola (Hello), Obrigado (Thank You), Como esta (How are you), Bom dia (Good Morning).
Buat penulis kepada Morais 'Boa Sorte' coach!