Skip to main content

Advertisement

Rencana

Ujian sebenar Thomas Tuchel dengan Man United

chelsea-man-utd.jpg

Pertemuan di antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge adalah merupakan ujian sebenar pengurus Chelsea Thomas Tuchel.

Inilah kayu pengukur kemampuan pengendali Chelsea itu sekiranya ingin meletakkan pasukannya berada dalam kelompok 4 terbaik Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021. Setelah berjaya mencipta 4 kemenangan dan 1 seri semenjak beliau mengambil alih sebagai pengurus Chelsea selepas menggantikan Farnk Lampard itu telah memberikan harapan baru kepada penyokong-penyokong The Blues.

Ini peluang terbaik Tuchel untuk membuktikan bahawa pemilihannya sebagai pengurus Chelsea adalah tepat kerana Man United adalah sebuah pasukan yang konsisten dari segi persembahannya pada ketika ini dan juga merupakan pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Tuchel perlu mengunakan segala kemahirannya dalam merencana strategi terbaik sekiranya ingin menewaskan Man United di Stamford Bridge.

Mengikut rekod pertemua kedua-dua pasukan ini agak seimbang namun kelebihan ketika ini memihak pada Man United kerana Man United mempunyai rekod kemenangan yang baik di Stamford Bridge.


Namun dalam setuasi terkini pasukan Chelsea, ia agak sukar untuk Man United mencipta kemenangan disebabkan anak-anak buah Tuchel berada pada tahap emosi yang baik setelah berjaya menewaskan Atletico Madrid pada saingan Liga Juara-juara Eropah pertengahan minggu ini.

Sudah pastilah emosi dan keinginan yang tinggi pemain-pemain Chelsea untuk memadamkan rekod cemerlang Man United di Stamford Bridge. Lihat sahaja bagaimana prestasi pemain-pemain hadapan Chelsea yang mula menunjukan ketajaman dalam menjaringkan gol seprti Timo Werner, Tammy Abraham, Mason Mount dan Olivier Giroud.

Advertisement


 

 

 

Tetapi pemain-pemain Chelsea itu perlu berhadapan dengan semangat juang yang tinggi daripada pemain-pemain Man United. Sudah tentulah Ole Gunnar Solskjaer akan meletakkan harapan yang tinggi kepada Bruno Fernandes untuk mengemudi bahagian serangan selain daripada bantuan Marcus Rashford.

Saat inilah yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua penyokong terutama kepada penyokong The Blues untuk melihat perubahan yang akan dilakukan Thomas Tuchel pada pertemuan esok selain memburu kedudukan empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris supaya Chelsea tidak tercicir dalam saingan Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.



 

Must Watch Video