TOT United adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena futsal Malaysia. Dianggotai lapan anak muda Hazizi Mansor,Syed Aizad Daniel Syed Nasir,Azwann Ismail, Abu Hanifa Hassan,Ali Mahat,Azri Rahman,Hazreen Alin dan Syawal Ibrahim, sekali lagi TOT United bakal menggegarkan bumi Brazil.
Lebih menarik, ini merupakan kali kedua mereka menjuarai Redbull Neymar Jr's Five Malaysia dan kali kedua juga membawa nama negara bagi bersaing dengan 52 pasukan luar negara di Sao Paolo.
Jika tahun lalu mereka terkandas di peringkat kumpulan,namun kali ini mereka merencanakan sesuatu yang lebih kental dan bersemangat apatah lagi pengalaman tahun lalu dimanfaatkan sepenuhnya.
Mengimbas detik-detik kejuaraan mereka dalam saingan final menentang RTG Badboyz tempoh hari, TOT united mencatat kemenangan 4-0 pada perlawanan pertama.Namun keputusan seri tanpa jaringan peda perlawanan kedua mengheret mereka untuk bersaing dalam perlawanan ketiga dengan format satu lawan satu. Dan akhirnya TOT United melakar sejarah mencipta kejuaraan dua tahun berturut-turut.
Kapten pasukan Hazizi Mansor ketika di tanya, menjawab "Berbanding tahun lepas,kali ni kami sempat beraya dulu di sini.Tahun lepas kena beraya di Brazil.Sedih juga la raya diperantauan.Tapi kali ni boleh makan puas-puas dahulu baru berangkat".
TOT United yang akan ke Brazil pada 4 Julai iaitu seminggu selepas raya dan sudah pasti menjanjikan semangat juang yang lebih tinggi.
Lain pula dengan Syed Aizad Daniel, yang tahun lalu berpeluang berjumpa secara terus dengan pemain kebangsaan Brazil, Neymar mempunyai misi peribadi.Menurut Daniel, "Kalau tahun lalu saya tak berpeluang mendekati Neymar,kali ini saya nak pastikan dia yang minta nak ambil gambar dengan saya", seloroh pemain posisi ALA ini.
TOT United akan memulakan cabaran Redbull Neymar Jr's Five pada 7 Julai nanti dan berharap akan dapat memperbaiki prestasi masa lalu seterusnya membawa nama Malaysia ke serata dunia.
BOA SORTE TOT United!