Sekretariat kontinjen Malaysia di Jepun, Norhashimi Hussain, menerangkan beberapa langkah yang akan dipraktikkan dalam usaha menangani situasi pandemik itu daripada menjejaskan penganjuran kejohanan sukan terbesar dunia berkenaan yang secara rasminya membuka tirai 23 Julai-8 Ogos ini.
? The Tokyo Games will remove more carbon from the atmosphere than they emit and demonstrate the shift towards a circular economy and a hydrogen-based society.#StrongerTogether pic.twitter.com/Gfpvq5zHsv
— Olympics (@Olympics) July 14, 2021
"Ketibaan atlet di lapangan terbang (di Tokyo) akan disaring dengan lebih teliti terutama daripada segi ujian calitan.
"Malah, semalam (penganjur) Tokyo 2020 telah mengeluarkan polisi baru mengenai kontak rapat yang akan diasingkan namun dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, tapi dalam keadaan terkawal.
"Perkampungan sukan (berjalan) seperti biasa, tetap meriah. Suasana Sukan Olimpik masih ada. Setiap bangunan dihiasi bendera dan panji masing-masing.
"Bendera Malaysia sudah dinaikkan cuma bangunannya masih lagi dihiaskan.
"Kami akan menunggu kehadiran kontinjen pertama negara esok," katanya dalam laporan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, sebentar tadi.