Tokyo 2020: Khairul Anuar lepasi pusingan kelayakan di tangga ke-20

Muzaffar Musa
Julai 23, 2021 16:08 MYT
Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, layak ke pusingan pertama acara recurve individu lelaki selepas menduduki tangga ke-20 pusingan kelayakan hari ini.
Atlet berusia 30 tahun itu, yang merupakan naib juara Kejohanan Dunia di Belanda pada 2019, merekodkan 661 mata untuk menduduki tangga ke-20 daripada 64 peserta terbaik dunia.
Khairul Anuar seterusnya akan memulakan aksi pusingan pertama dengan menentang wakil Finland, Antti Vikstrom, di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, Rabu ini.
Kedudukan tiga teratas pusingan kelayakan itu didominasi dua pemanah Korea Selatan, Kim Je Deok (688) dan Oh Jinhyek (681), masing-masing di kedudukan pertama dan ketiga, yang mengapit wakil Amerika Syarikat, Ellison Brady (682), di tempat kedua.

KELAYAKAN RECURVE INDIVIDU LELAKI Naib juara dunia, Khairul Anuar Mohamad mara ke pusingan seterusnya setelah menduduki tangga ke 20 dengan 661 mata hari ini#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia #Tokyo2020 pic.twitter.com/BijitChZPX

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Are you as excited as we are for the #Tokyo2020 opening ceremony? ? #GanbatteMalaysia #SokongMalaysia pic.twitter.com/vczSFLY27R

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) July 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Kredit Photo: Asiana
#memanah #Khairul Anuar Mohamad #Sukan Olimpik Tokyo
;