Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, layak ke pusingan pertama acara recurve individu lelaki selepas menduduki tangga ke-20 pusingan kelayakan hari ini.

Atlet berusia 30 tahun itu, yang merupakan naib juara Kejohanan Dunia di Belanda pada 2019, merekodkan 661 mata untuk menduduki tangga ke-20 daripada 64 peserta terbaik dunia.

Khairul Anuar seterusnya akan memulakan aksi pusingan pertama dengan menentang wakil Finland, Antti Vikstrom, di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, Rabu ini.

Kedudukan tiga teratas pusingan kelayakan itu didominasi dua pemanah Korea Selatan, Kim Je Deok (688) dan Oh Jinhyek (681), masing-masing di kedudukan pertama dan ketiga, yang mengapit wakil Amerika Syarikat, Ellison Brady (682), di tempat kedua.


*Kredit Photo: Asiana