Dua pelayar negara perlu segera bangkit dalam baki perlumbaan selepas ini sandainya mahu bersaing merebut pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pelayar wanita negara, Nur Shazrin Latif, yang cemerlang memulakan perlumbaan pertama acara laser radial di tangga ketiga, kini berada di kedudukan ke-24 keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan kelima dan keenam, masing-masing di tempat ke-30 dan ke-34 hari ini.

Dalam acara laser standard lelaki pula, seorang lagi wakil negara, Khairulnizam Afendy, kekal berada di tangga ke-27 selepas lima perlumbaan.

Pelayar negara itu menamatkan perlumbaan keempat hari ini di tempat ke-29 sebelum bangkit dalam perlumbaan kelima dengan menduduki tangga ke-18.

Hanya 10 peserta terbaik selepas 10 perlumbaan akan terpilih menyertai perlumbaan terakhir bagi perebutan pingat.