Skip to main content

Rencana

Tiadanya Ah Wa untuk berikan semangat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ah-wa.jpg
Hari ini bermulanya kejohanan hoki jemputan antarabangsa yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat peminat hoki tanah air saban tahun, terutama peminat hoki di sekitar Ipoh.​

Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-26 kali ini melihat penyertaan enam negara -- Australia, New Zealand, India, Jepun, Great Britain dan Malaysia.

Nukilan ini saya coretkan sebelum saya bertolak ke Ipoh pagi ini untuk bertugas sepanjang kKejohanan mengulas siaran langsung semua perlawanan yang akan dibawakan oleh Astro Arena.

Saya jangkakan kemeriahan tetap seperti edisi yang lepas lepas menanti saya di Ipoh -- kualiti permainan yang tinggi, sokongan peminat tempatan yang akan memenuhi stadium, terutama apabila Malaysia beraksi, perjumpaan dengan kawan-kawan lama dalam arena hoki tempatan dan antarabangsa, makanan yang berbagai di Ipoh dan macam-macam lagi.

Tetapi yang membuatkan saya berasa sedikit kelainan ialah kelibat insan bernama Tan Chong Wa atau lebih dikenali sebagai Ah Wa tidak akan menunggu saya dan tidak akan kelihatan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah kali ini.

Susuk tubuh beliau juga tidak akan berdiri di tepi ‘pak guard’ di pintu masuk ke grandstand. 

Selalunya beliau akan menunggu di situ untuk saya memberitahu ‘pak guard’ bagi membenarkan beliau masuk.

Sejak saya mewakili pasukan negara dalam setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, beliau akan berada di stadium untuk memberikan sokongan sehinggakan setelah saya bersara dan menjadi pengulas sukan Astro Arena sejak tahun 2009, beliau tetap akan berada di stadium.

Mendiang Ah Wa meninggalkan kita semua pada 31 Oktober 2016 setelah berada dalam keaadaan koma untuk beberapa minggu. 

Mungkin ada dalam kalangan kita peminat peminat hoki di Ipoh serta krew Astro Arena, terutama Bazly Azmi, yang mempunyai perasaan seperti saya tentang ketiadaan Ah Wa. 
Saya pasti itu akan menjadi antara topik perbualan kami semua di stadium.

Apapun, saya tidak akan lupa kenangan bersama mendiang Ah Wa yang menjadi peminat atau penyokong sejati hoki Malaysia daripada saya mewakili pasukan negara sehinggalah akhir hayat beliau.

Sokongan kamu tidak akan kami lupakan.

Apapun, kami semua mengharapkan prestasi hebat dapat dipamerkan oleh pasukan negara dalam edisi ke-26 ini. 

Prestasi lebih baik berbanding sebelum ini akan menaikkan keyakinan pemain-pemain serta pasukan dalam menghadapi Liga Hoki Dunia 3 di London nanti.

All the best Malaysia!

 

Advertisement

Must Watch Video