Skip to main content

Rencana

Tiada Kejutan pada Jendela Perpindahan Pemain di saingan BPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

080116epl-jpg.jpg
Manchester United, Liverpool mahupun Manchester City tidak melakukan belian panik walaupun prestasi mereka di liga tidaklah begitu memberangsangkan. 

Sebaliknya, pasukan pertengahan liga seperti Newcastle United, Everton, AFC Bournemouth dan Sunderland yang melakukan belian bagi memperkukuhkan kekuatan pasukan.

Paling mencuri tumpuan ialah Newcastle united yang dilihat mahukan arkitek baru di bahagian tengah liga apabila menyambar Jonjo Shelvey dari Swansea City dan Andros Townsend dari Tottenham dengan nilai belian kedua dua pemain mencecah GBP 24 juta.

Everton turut melakukan belian drastik apabila menyambar Oumar Niasse dari Lokomotiv Moscow dengan nilai GBP 13.5 juta dan bakal bergandingan penggempur berbisa mereka , Romero Lukaku.

Selain itu, Skuad The Blues turut melakukan tambahan pemain dengan meminjam bekas penyerang AC Milan ,Alexandre Pato yang bakal bergandingan dengan Diego Costa manakala perpindahan Ramires ke kelab dari China, Jiangsu Suning turut mengejutkan ramai pihak yang beranggapan Ramires sepatutnya berhijrah ke kelab yang lebih besar.

Jendela perpindahan kali ini dilihat sedikit suram dan tumpuan lebih terarah kepada pengumuman membabitkan jawatan panas skuad The Citizens dimana Pep Guardiola bakal mengendalikan skuad Manchester City bermula Julai nanti.

Jadi, adakah baki saingan liga bakal menyaksikan Manchester United, Liverpool dan Tottenham terus kekal dengan gaya permainan bosan? Ataupun akan ada kebangkitan dari pasukan bawahan liga seperti Newcastle United, Norwich City ataupun Chelsea ?

Advertisement

Must Watch Video