Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Tewas Bermaruah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

130816viviankhewei.jpg

Pasangan beregu wanita negara yang beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 , Woon Khe Wei & Vivian Hoo wajar diberikan pujian apabila mempamerkan semangat melawan di peringkat suku akhir berdepan beregu wanita no 1 dunia, Ayaka Takahashi & Misaki Matsutomo.

Berada di dalam kumpulan C dan berdepan cabaran beregu dari Great Britain, Hong Kong dan juga Indonesia, pasangan beregu negara layak ke suku akhir setelah menduduki tangga kedua di peringkat kumpulan di belakang pasangan Indonesia.

Tidak diberikan harapan berdasarkan rekod perbandingan sebelumnya, Khe Wei & Vivian tewas set pertama dengan keputusan 21-16. Namun siapa sangka, pasangan yang berada di kedudukan ke 13 dunia itu bangkit di set kedua untuk menang dengan keputusan 18-21.

Bermain di set ketiga, gandingan yag berasal dari lembah klang ini gagal menterjemahkan kebangkitan mereka apabila dilihat mudah diratah pasangan Jepun yang akhirnya layak ke peringkat separuh akhir dengan keputusan 21-9.

Biarpun sudah tersingkir di Sukan Olimpik, namun gandingan Khe Wei & Vivian dilihat banyak menunjukkan peningkatan yang ketara di sukan berprestij ini dan sudah pasti ini sedikit sebanyak memberikan sinar harapan buat badminton wanita negara di masa akan datang. 

Buat Khe Wei & Vivian diharapkan mereka tidak berhenti setakat ini, dan teruskan lagi usaha untuk menggapai impian bergelar juara dunia suatu hari nanti.

Advertisement

Must Watch Video