Sukan negara menerima satu lagi perkhabaran sedih apabila tonggak penjaga gol hoki negara, S.Kumar, mengumumkan persaraan setelah 20 tahun menabur bakti.
Memulakan penampilan sejak 1999, memenangi emas di Sukan SEA Brunei tahun itu, Kumar mengorak langkah untuk merebut jersi nombor satu, bersama dua lagi rakan sepasukan, Roslan Jamaluddin dan Nasihin Nubli.
Cerita Kumar agak tragis, pelbagai pengorbanan telah dilakukannya dalam usaha mencapai misi layak ke Sukan Olimpik, bukan sekali, namun lima percubaan sejak kelayakan Sukan Olimpik Athens 2000, namun semuanya hampa.
Siapa boleh lupa peristiwa Kumar terpaksa meneruskan aksi separuh akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium pada 2015 tatkala menerima perkhabaran anak kesayangan, Harshen, meninggal dunia akibat jangkitan kuman.
Kumar juga terpaksa bergelut dengan isu doping yang menimpanya pada 2017.
Percubaan terbaik Kumar dan rakan sepasukan untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 turut dimusnahkan dalam tempoh 10 saat ketika berjuang untuk penentuan pingat emas Sukan Asia Indonesia 2018 bertemu Jepun.
Demikian sedikit sebanyak antara kisah turun naik penjaga gol hoki utama negara, S.Kumar
Untuk Kumar, meskipun anda tidak mencapai hasrat untuk ke temasya Olimpik, namun anda tetap legenda di hati semua peminat hoki!