Skip to main content

Rencana

Terbuka Dubai semakin hambar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dubai-tennis-2019-wta-day04-simona-halep-1.jpg
Pemain tenis nombor dua dunia, Simona Halep, tewas kepada Belinda Bencic atas faktor kepenatan. Beliau berdepan pemain Switzerland ini dalam peringkat suku akhir Kejuaraan Tenis Terbuka Dubai.

Bencic pemain ranking ke 45 dunia telah mara ke peringkat ini setelah menundukkan Aryna Sabalenka dalam pusingan sebelumnya. Beliau akan mara ke separuh akhir setelah menewaskan Simona Halep dengan keputusan 4-6, 6-4, 6-2.

Halep mengakui beliau tidak mampu membalas pukulan Bencic akibat terlalu penat dan tidak berdaya setelah melalui 9 perlawanan, mewakili Romania dalam Piala Fed dan mengharungi aksi final Terbuka Qatar.

Bagaimanapun Halep bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat keadaan badannya yang lemah. Biarpun tidak berdaya untuk membalas pukulan lawannya, Halep cuba bertahan sehingga tamat permainan.

“Saya tidak risaukan akan kesakitan ini, ia hanyalah sebuah kepenatan akibat mengharungi  terlalu banyak perlawanan sebelum ini.Saya perlukan rehat beberapa hari dan saya percaya segalanya akan kembali seperti biasa”, ujar Simona Halep.

Bencic akan turun menentang pemain pilihan keenam Elina Svitolina dalam pusingan seterunya setelah Elina menewaskan pemain Sepanyol, Carla Suarez Navarro.

Sementara Simona Halep masih tidak mempunyai jurulatih setelah perpisahan dengan jurulatih Australia, Darren Cahill tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video