TENIS
Tenis: Jannik Sinner tamat hukuman penggantungan
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner bakal kembali beraksi di pentas kompetitif dunia menerusi saingan Terbuka Itali minggu ini susulan tamat tempoh penggantungan tiga bulan yang dipersetujui bersama Agensi Anti Doping Dunia, WADA.
Sinner sebelum ini dikesan menggunakan bahan terlarang, Clostebol pada Mac 2024 sebelum WADA sahkan juara tiga gelaran grand slam itu tidak bersalah.
Jannik Sinner membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan WADA itu dan menganggap persetujuan bersama ini adalah suatu perkhabaran yang cukup mengujakan buat perjalanan kariernya biarpun sedikit memberi impak terhadap prestasi semasa.
Iklan
Keputusan ini, bagaimanapun, tidak diterima dengan baik oleh semua pihak dengan antaranya finalis Kejohanan Wimbledon 2022, Nick Kyrgios berasakan keputusan WADA ini adalah suatu yang tidak adil.
Must-Watch Video