Skip to main content

Rencana

Teknologi bantuan pengadil video - sukses ataupun sebaliknya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ap_france_spain_soccer.jpg
Minggu ketiga dan terakhir Mac menyaksikan pelbagai aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan juga aksi persahabatan antarabangsa.

Apa yang menarik perhatian penulis kali ini ialah pertemuan membabitkan Perancis dan Sepanyol di Stade de France.

Sepanyol menang aksi ini dengan keputusan 2-0 tetapi ia mungkin jadi berbeza andai beberapa keputusan pengadil tidak dinilai semula.

Buat kali pertama, penyokong dan penonton di kaca televisyen dapat menyaksikan bagaimana teknologi dapat membantu pengadil perlawanan dalam membuat sesuatu keputusan.

Ini merupakan kali kedua teknologi ini digunakan selepas kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA, Disember lalu.

Dengan bantuan visual menerusi kamera siaran langsung, pembantu pengadil video kini dapat menilai dan menganalisa sesuatu keputusan dengan lebih efektif sekaligus menyampaikannya kepada pengadil perlawanan.

Contohnya seperti pertemuan yang disebutkan tadi, Perancis terlebih dahulu membolosi gawang Sepanyol menerusi pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Tanpa teknologi terbaharu ini, jaringan Griezmann akan dianggap sah walaupun dia berada dalam kedudukan "offside".

Begitu juga dengan jaringan Gerard Deulofeu di mana pada awalnya pengadil beri keputusan "offside" kepadanya tetapi menerusi bantuan visual ia diiktiraf oleh pengadil.

Dengan bantuan visual ataupun ulang tayang ini, ia dapat memastikan tiada lagi keputusan yang mampu cetuskan kontroversi akan berulang, khususnya di peringkat tertinggi seperti Piala Dunia.

Sudah tentu masih ramai lagi yang pertikaikan bagaimana jaringan Frank Lampard ketika Piala Dunia 2010 antara England dan Jerman tidak dikira meskipun bola sudahpun melepasi garisan gol.

Penulis yakin teknologi ini akan menjadi tumpuan pada saingan Piala Dunia 2018 nanti tetapi pastinya ia akan membawa lebih banyak manfaat daripada kesulitan.

Advertisement

Must Watch Video