Taylor Swift mampu membuat Lyon 'sakit kepala' jika mereka gagal mengubah nasib mereka dalam kempen Ligue 1 musim ini.

Pada 2 Jun 2024, Stadium Groupama, Lyon bakal menjadi venue kepada konsert penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Taylor Swift's Eras Tour. Dengan kapasiti 59,000 ribu, jelas sekali bahawa dengan menganjurkan konsert ini pasti membawa pulangan yang lumayan buat Lyon, namun ternyata mempunyai potensi berdepan dengan risiko yang berat.

Ini adalah kerana Lyon kini bergelut di kedudukan tercorot Ligue 1 dengan hanya kutipan 7 mata selepas mengharungi 13 perlawanan. Jika rentak kurang baik ini berterusan buat Lyon, maka mereka berpotensi besar bakal beraksi dalam perlawanan playoff relegasi ke Ligue 2.

Sekiranya Lyon berada di tempat ke-16 liga, mereka bakal menempa aksi playoff relegasi bersama pasukan yang mendapat slot playoff kenaikan daripada Ligue 2. Jika senario ini terjadi, Lyon bakal hadapi saingan timbal balik dengan perlawanan kedua mereka, bertarikh 2 Jun di laman sendiri dan sudah pasti mereka harus mencari venue alternatif bagi aksi tersebut memandangkan tarikh bagi konsert Taylor Swift telah ditetapkan.

Situasi ini hampir mirip dengan konsert penyanyi dari Taiwan, Jay Chou yang dikecam teruk atas faktor persediaan kosert, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terpaksa mengosongkan 21,000 ribu tempat duduk menjadikan hanya 59,000 tiket dijual untuk peminat bola sepak menonton perlawanan antara Malaysia dan Thailand bagi separuh akhir Piala AFF 2022.

Ini pula gambaran keadaan permukaan rumput SNBJ selepas penganjuran konsert Coldplay pada 22 November lalu, kira-kira dua minggu sebelum sepak mula Final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim dan Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember.