RENCANA
Syabas Felda United ke saingan Piala AFC
Perancangan serta keinginan tinggi yang dipamerkan oleh pengurusan "The Fighters" dalam memacu pembangunan bola sepak Felda United, telah membuahkan hasil apabila pasukan itu mencatat sejarah tersendiri apabila layak ke Piala AFC tahun hadapan.
Dengan kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, ia telah mengangkat kembali Felda United sebagai sebuah kelab bola sepak yang berjaya walaupun pelbagai halangan dan rintangan beliau hadapi bersama anak-anak buahnya ketika dalam saingan Liga Malaysia.
Berbekalkan semangat berpasukan yang tinggi serta nilai kepimpinan yang tinggi daripada ketua pasukan, Shukor Adan, pemain itu berjaya membawa sebuah pasukan yang harmoni dan penuh nilai-nilai perpaduan di kalangan pemain.
Iklan
Sementara itu, pemain-pemain mereka, walaupun tidak mempunyai nama-nama besar, tetapi dengan sikap dan bimbingan daripada seorang jurulatih yang berkaliber, ia telah menaikkan beberapa nama pemain Felda United seperti Hadin Azman, Ahmad Syamim Yahya dan Christie Jayaseelan.
Dengan semangat juang yang tinggi, semua dalam pasukan Felda United ini, tidak kira daripada pengurusan, pasukan kejurulatihan dan pemain, telah menjulang nama Felda United dan akhirnya ke saingan Piala AFC.
Must-Watch Video