Skip to main content

Rencana

Sumpahan No.1 tanpa kejuaraan dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tai-tzu-ying.jpg
Badminton membisikkan satu sumpahan buat mereka yang mendominasi sebagai pemain nombor satu tetapi ditakdirkan tidak memenangi Kejohanan Dunia.

Legasi Datuk Lee Chong Wei misalnya sering didefinisikan dengan sumpahan ini sewaktu bermaharajalela sebagai Raja Siri Super dan No.1 Dunia.

Selepas empat final Kejohanan Dunia pada 2011,2013,2014 dan 2015, tuah Chong Wei hanya untuk tewas setiap daripadanya.



*Rekod final Chong Wei bagi edisi Copenhagen 2014 dibatalkan susulan gagal ujian doping

Sumpahan ini bagaimanapun tidak eksklusif kepada Chong Wei, dalam saingan Perseorangan Wanita moden, Tai Tzu Ying, yang sinonim dengan reputasi sebagai No.1 Dunia menjadi mangsanya di Basel 2019.

Sejak edisi 2013, Tzu Ying tidak pernah berhasil dalam pemburuan gelaran dunia, malah lima penampilan keseluruhan menyaksikan dia tersingkir setakat suku akhir.

Bagaimana pula dengan beregu lelaki No.1 Dunia semasa, Kevin Sanjaya Sukamuljo, dengan gandingannya Marcus Gideon yang berada di kemuncak ranking elit sejak Mac 2017.



Sebagai terbaik dunia, mereka sudah mengharungi tiga kempen Kejohanan Dunia, 2017, 2018 dan 2019 dengan penampilan di Basel paling mengecewakan.

Edisi 2017 dan 2018 menyaksikan mereka ditunjukkan jalan keluar ketika saingan lapan terakhir tetapi di Basel jauh lebih kejam, selamat tinggal dalam pusingan kedua.



Beregu wanita Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota, yang pernah menghuni kedudukan No.1 dunia, juga tidak terkecuali dikecewakan di Basel.

Mereka sudah menjejak kaki ke pentas perebutan kejuaraan dunia sebanyak tiga kali termasuk edisi 2019.

Seperti edisi 2017 dan 2018, pertarungan tiga set hanya berupaya mendukung mereka ke sebelah kanan
podium.

Mungkin hanya yang terpilih sahaja akan diangkat kedudukannya bergelar Juara Dunia sebelum menggantung raket.

Buat mereka yang terkecuali seperti meniti di bibir waktu ini, masih ada masa untuk mengubah ketentuan.

Jika tidak “Welcome To The Club".
.

Advertisement

Must Watch Video