Bagai sirih pulang ke gagang. Itulah peribahasa yang sangat tepat untuk menggambarkan situasi bekas ratu boling kebangsaan, Syaidatul Afifah atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Fifah’ apabila secara rasminya dilantik sebagai jurulatih sepenuh masa pasukan boling Perak ke Sukma 2024.

A post shared by Syaidatul Afifah (@syaidatulafifah)



Fifah berkongsi rasa kegembiraan dengan hantaran di laman sosial peribadinya di Instagram menyaksikan dia terharu apabila diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Negeri Perak untuk memikul tanggungjawab untuk kembali menabur bakti ke negeri asalnya, Perak.

Pada asalnya, pemenang pingat emas Kejohanan Dunia 2017 di Las Vegas ini telah menerima satu lagi lamaran dari negeri lain yang mempunyai pencapaian dan dana sukan yang baik, tetapi terpaksa menolak untuk setia bersama Perak yang telah banyak membantunya dalam membina kareer sebagai seorang atlit boling yang berjaya.

Selepas mengumumkan pesaraannya pada tahun 2020, kini atlit berusia 33 tahun itu bergiat aktif dalam menceburi bidang kejurulatihan. Dia juga telah menubuhkan Akademi Syaidatul Afifah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan boling serta mencurahkan ilmu, kepakaran dan pengalamannya sebagai bekas atlit boling kebangsaan.

A post shared by Syaidatul Afifah (@syaidatulafifah)