Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, diberi tanggungjawab sebagai Chef De Mission (CDM) Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 pada Ogos depan.
Sebelum ini, Gerald Rentap pernah menggalas tanggungjawab sama bagi edisi ke-20 di Kuala Lumpur.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata Setiausaha Tetap di kementerian itu, Morshidi Fredrick, pula dipilih sebagai Timbalan CDM.
Jelasnya, tugas kedua-dua mereka sangat penting, termasuk mengumpul kekuatan seluruh kontinjen Sarawak dan memastikan kebajikan atlet bertanding.
“Ini juga untuk memberi sokongan moral kepada atlet Sarawak,” katanya.
Gerald Rentap juga mengajak orang ramai untuk hadir ke Sarawak bagi mencuba keunikan tersendiri yang ada di bumi Kenyalang itu.
"Kita akan memastikan, melihat kepada cara hidup kita di Sarawak, di dalam kepelbagaian kita juga ada perpaduan yang kukuh.
"Datanglah ke negeri Sarawak, nikmati makanan kami di sini, mi kolok, laksa Sarawak memang sedap.
"Selamat berjuang di bumi Sarawak bersama kami dalam Sukma nanti."