Sukma Sarawak 2024: Wartawan Karl Nunis belanja cenderamata dari Sarawak!

Fariha Razak
Ogos 17, 2024 18:19 MYT
Baru saja memasuki hari kedua Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak tetapi pelbagai tarikan menarik yang telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena yang berlintas langsung ketika What’s Up Kuching bersiaran.
Yang menarik perhatian saya sudah pastilah cenderamata rasmi yang Karl Nunis sempat bawakan dari butik Keris Sakti, yang terdiri daripada pelbagai jenis reka bentuk dan warna diikuti dengan elemen Borneo yang sangat ‘in trend’ dan meriah!
“Untuk Sukma kali ini, Keris Sakti menjadi wakil sah yang membekalkan segala jenis cenderamata rasmi, termasuklah pingat emas, perak dan gangsa, yang akan diberikan kepada pemenang nanti”, kata Sahrul Izam Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Keris Sakti.

JUALAN CENDERAMATA SUKMA XXI SARAWAK 2024 KINI DI LAMAN WEB SUKMA SARAWAK 2024 KUCHING: Jualan cenderamata Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 keluaran Keris Sakti kini boleh diakses di laman web SUKMA Sarawak 2024 di laman web https://t.co/PhML6R16bT#sukmasarawak2024 pic.twitter.com/w8Fh2fFx29

— SUKMA Sarawak 2024 (@SUKMAsrwk2024) August 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya lagi, pingat yang disediakan dalam edisi kali ini adalah antara yang terberat dalam sejarah Sukma, dengan 380 gram dan mempunyai 8mm ketebalan. Jadi, jika pengunjung ingin merasakan sendiri bagaimana reka bentuk pingat yang bakal diterima atlet kesayangan mereka, bolehlah singgah ke butik Keris Sakti.

Satria, Satrina merch hot items at Sukma 2024 https://t.co/J0p8aeVWuY via @@theborneopost

— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) August 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tetapi, yang paling menjadi tarikan pengunjung di sini sehingga mereka sanggup beratur panjang adalah maskot Sukma yang bernama Satria dan Satrina, di mana setiap pembeli boleh mendapatkan satu maskot sahaja.
Jadi jangan tunggu lagi, kepada yang mengikuti perkembangan Sukma, boleh dapatkan terus cenderamata yang diinginkan sekarang takut nanti kempunan!
#Sukan Malaysia #Rencana #Sukma Sarawak 2024