RENCANA
Sukan SEA: Mari ketahui venue tidak perlukan tiket
Temasya sukan paling besar rantau ini sudah pun berlangsung, dan pelbagai acara sudah pun dijalankan meskipun baru dua hari sahaja ia sedang berlangsung. Bagaimana? Sudah rasa teruja dengan penampilan atlet-atlet kebangsaan mahupun luar negara?
Jika ya, penulis sarankan kepada anda untuk tidak melengahkan masa, turun ke stadium dan berikan sokongan anda di setiap venue pertandingan.
“Tapi tiket sudah hampir habis, dan sekarang tengah bulan, gaji belum masuk lagi, bagaimana nak sokong?”
Iklan
Jangan risau, daripada 404 acara meliputi 38 jenis sukan, penganjur menawarkan 32 sukan yang percuma buat kesemua peminat sukan tempatan. Ye penulis tidak salah taip, PERCUMA !
Seperti yang umum ketahui untuk Sukan SEA kali ini venue pertandingan terbesar tertumpu di KL Sports City (Bukit Jalil), MITEC, KLCC serta beberapa lagi venue-venue berpusat di Lembah Klang. Tiga lagi venue adalah di Nilai, Pulau Langkawi, serta Terengganu.
Sebagai panduan buat pembaca, penulis cuba menyenaraikan semua semua acara yang percuma mengikut tempat ia dipertandingkan.
• KL SPORTS CITY
Selain acara badminton yang dijalankan di Axiata Arena dan renang/polo air di Pusat Akuatik Nasional, tiga venue utama iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Stadium Hoki Nasional adalah percuma buat semua. Memanah, Olahraga, Hoki, Skuasy.
• Pusat Dagangan dan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Bangunan yang tersergam indah ini terletak di Jalan Duta bersebelahan dengan Kompleks Mahkamah Persekutuan. Selain menempatkan pusat penyiaran antarabangsa dan juga pusat media utama, ia juga menjadi venue untuk sembilan jenis sukan di situ. Hoki dalam dewan, bola tampar, ping pong, lawan pedang, angkat berat, muay thai dan tinju.
• Gelanggang Ais Empire City
Biarpun Malaysia secara khususnya sebuah negara yang beriklim khatulistiwa yakini panas dan lembap sepanjang tahun, agak menarik untuk mengetahui ada sukan musim sejuk dipertandingkan dalam Sukan SEA kali ini. Selain hoki ais, turut akan dipertandingkan di gelanggang ais ini adalah luncur ais (figure skating & short track).
• Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Di dewan KLCC banyak menempatkan sukan-sukan tempur seperti Judo, Karate-Do, Wushu dan Pencak Silat.
• Velodrom Nasional, Nilai
Buat anda yang tidak kesampaian untuk menyaksikan jaguh dunia beraksi dalam acara keirin kerana kehabisan tiket, jangan khuatir masih ada acara berbasikal BMX. Jika anda bernasib baik, anda juga dapat melihat peloton pasukan berbasikal lebuhraya melalui jalan sekitar Nilai.
• Taman Ekuestrian Putrajaya
Antara tarikan utama Sukan SEA kali ini adalah kelibat menteri beraksi bersama atlet-atlet negara. Inilah masanya melihat YB Khairy Jamaluddin beraksi menunggang kuda, dan mana tahu memenangi emas untuk Malaysia?
Selain daripada venue dan acara disebutkan seperti di atas, juga terdapat, renang terbuka, kriket, golf, boling padang, tenis, luncur air, menembak, pelayaran, triatlon serta petanque.
Begitu banyak untuk disenaraikan sebenarnya, senarai percuma sudah diberikan, jadi apa lagi alasan anda untuk tidak bersama-sama berikan sokongan buat barisan atlet Malaysia?
Must-Watch Video