Noah Lyles, juara 100 meter Sukan Olimpik Paris, menamatkan saingan dengan pingat gangsa dalam acara 200m akhir lelaki selepas disahkan positif Covid-19 dan sah telah menarik diri daripada perlumbaan lari berganti-ganti 4x100m di Paris 2024.

Pelari Amerika itu diuji positif pada pagi Selasa tetapi berjaya mengharungi pusingan 200m dan memutuskan untuk berlumba pada final malam Khamis, di mana dia ditewaskan oleh Letsile Tebogo dari Botswana.

Namun timbul simpati terhadap pelari Amerika Syarikat ini apabila dihujani dengan pelbagai komen negatif selepas menamatkan saingan di tempat ketiga dan sejurus selepas perlumbaan, Lyles dilihat duduk di atas kerusi dan pelari berusia 27 tahun itu dibantu keluar dari trek dengan kerusi roda.

Walau bagaimanapun, kata-kata negatif tersebut mendapat respon positif dari Lyles menerusi ‘posting’ terbarunya di laman sosial instagram.

A post shared by Noah Lyles (@nojo18)



Lyles menyasarkan untuk melengkapkan ‘treble’ emas bagi acara 100m, 200m dan 4x100m pada Sukan Olimpik. Tapi dia perlu melupakan impian itu selepas diuji dengan Covid dan perlu menjalani tempoh kuarantin agar tidak merebak.