Skip to main content

Rencana

“Standing In The Eyes Of The World” penutup tirai KL2017?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

30817stadium.jpg
Lagu juga kadang-kala boleh memberi suntikan semangat kepada mereka yang mendendangkannya atau yang mendengarnya. Menghayati lirik juga indah, andai maksud tersebut memberi impak positif dalam kehidupan tertentu. Melihat kepada peranan tersebut, setiap muzik mempunyai jiwa dan tarikan tersendiri.

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Begitulah lirik lagu yang pernah menyentuh hati kita semua pada suatu ketika dahulu. Lagu nyanyian ratu rock Malaysia, Ella, yang berjudul 'Standing In The Eyes Of The World', merupakan lagu rasmi Sukan Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lagu tersebut mendapat perhatian daripada penonton dan tidak lapuk dek zaman. Sememangnya ia mempunyai kualiti yang tersendiri.

Lagu ciptaan komposer Wah Idris bersama penyanyi barat terkenal, David Gates, itu tidak semata-mata memfokuskan untuk Sukan Komanwel, sebaliknya mengandungi mesej jitu dan bersemangat.

Mengimbau kembali kenangan manis tersebut, Ella satu-satunya artis Malaysia yang diangkat menjadi penyanyi lagu tema tersebut.

Paling membanggakan, Ella bukan sahaja menjadi penyanyi tema Sukan Komanwel Malaysia, beliau juga merupakan artis pertama Asia yang menjadi Duta Sukan Komanwel Asia.

Bahkan, lagu ini turut mendapat tempat di sekolah mahupun universiti kerana ia digunakan ketika kem atau kursus motivasi bagi menaikkan semangat para peserta program.

Penyanyi, Dayang Nurfaizah, diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Sukan SEA Ke-29. Lagu tersebut adalah hasil gubahan komposer terkenal, Datuk Ramli MS. 

Pernah memenangi anugerah dalam kerjaya seninya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty merupakan penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak yang terkenal dengan lagu seperti Lelaki Teragung, Di Pintu Syurga dan Erti Hidup.

Menariknya mengenai lagu tema KL2017, liriknya turut disumbangkan oleh rakyat Malaysia itu sendiri.

"Saya dan Datuk Ramli sudah berbincang dan kita mahukan lirik disumbangkan rakyat. Saya harap rakyat Malaysia menghantar lirik melalui Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan hashtag #laguKL2017 untuk Datuk Ramli gunakan ayat-ayat atau perkataan daripada rakyat bagi menggubah lagu tema KL 2017 kali ini," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy lagi, "Ini merupakan kali pertama kami mengambil langkah untuk melibatkan orang ramai dalam menghasilkan lagu tema temasya sukan yang besar.”

Lagu "Bangkit Bersama" ini melengkapkan tiga lagu tema yang dicipta untuk KL2017.

Dua lagu lain bertajuk "Tunjuk Belang" nyanyian MonoloQue, Azlan dan MaliQue dan "So Many Hands" oleh Mia Palencia.

Setiap lagu tema yang dicipta, bait-bait lirik itu mencerminkan kesungguhan dan pengorbanan sehingga ke tahap yang paling tinggi dalam mencapai yang terbaik bagi diri seseorang, khususnya kepada atlet-atlet yang beraksi dalam temasya  KL2017.

Ia disandarkan dengan impian dan aspirasi setiap individu dan negara dalam menuju kejayaan dan berada di puncak kegemilangan.

Advertisement

Must Watch Video