Permulaan Los Blancos bagi musim 2018/2019 di bawah bimbingan Julen Lopetegui memberikan kesan buruk kepada Real Madrid.
Bekas pengendali Sepanyol itu ternyata tidak mampu membimbing pasukan dengan ramai pemain bintang untuk memacu kemenangan. Kemuncaknya adalah dalam pertemuan El Classico apabila Real Madrid dibelasah musuh tradisi Barcelona dengan jumlah jaringan besar.
Tindakan drastik pihak pengurusan yang ternyata tidak berpuas hati dengan prestasi semasa Real Madrid menyaksikan Julen Lopetegui dipecat serta merta dan diganti dengan Santiago Solari.
Bekas pemain kebangsaan Argentina itu bukanlah asing di Santiago Bernabeu. Beliau pernah bermain untuk Real Madrid pada tahun 2000 hingga 2005 dan selepas bersara, Solari berjinak-jinak dengan bidang kejurulatih. Pada 2013, beliau ditugaskan membimbing pasukan remaja Real Madrid dan kini memangku jawatan selaku ketua jurulatih Real Madrid.
Bagaimanapun, jawatan itu masih belum tetap buat masa ini kerana belum ada pengumuman daripada pasukan Real Madrid biarpun Persatuan Bola Sepak Sepanyol sudah menerima kontrak dari Real Madrid buat Solari.
Untuk rekod selepas kemasukan Solari, Real Madrid dilihat cemerlang apabila mengutip mata penuh dalam empat perlawanan terakhir. Dua kemenangan di pentas liga, satu dalam Liga Juara-Juara Eropah dan satu dalam saingan Copa Del Rey.
Sebanyak 15 gol diledakkan dan hanya bolos dua gol sekali gus merupakan permulaan yang sangat baik bagi seorang pengurus baru sesebuah pasukan.
Diharapkan rentak kemenangan Real Madrid ini mampu dikekalkan untuk mereka terus memberikan saingan pada saingan liga, selain terus menjadi pencabar utama untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah.