Skip to main content

Rencana

Semua kuat, makin hebat, bersiaplah dengan kopi pekat!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25516vardy.jpg
Liga terkemuka dunia, Liga Perdana Inggeris (EPL) sudahpun bermula dan debaran kian terasa apabila banyak muka baharu yang akan mewarnai EPL musim ini.

Selepas kejutan Leicester City pada musim lalu, pasukan gergasi-gergasi England giat menguatkan lagi pasukan mereka untuk merebut kejuaraan liga.

Namum begitu, ramai menjangkakan Leicester City tidak dapat mengulangi pencapaian yang dilakukan sebelum ini, terutama sekali dengan penglibatan mereka di dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Penglibatan Leicester dalam UCL akan menjadikan jadual mereka lebih padat dan mereka memerlukan para pemain untuk berada dalam keadaan cergas setiap masa.

Pada tahun 1995, Blackburn melakukan kejutan apabila mereka menjuarai liga namun mereka mengalami kejatuhan pada musim berikutnya dek jadual yang padat apabila beraksi di UCL.

Bagi Arsenal pula, musim baru ini dikatakan akan menjadi musim terakhir bagi Arsene Wenger dan pemain berbakat, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil akan sekali lagi menjadi tambatan the Gunners untuk musim hadapan.

Selain Granit Xhaka, Wenger gagal untuk mendapatkan lagi pemain bernama besar untuk bersama Arsenal dan kegagalan untuk mendapatkan Jamie Vardy juga menimbulkan rasa kerisauan di kalangan peminat Arsenal.

Desas-desus yang mengatakan Riyad Mahrez akan berhijrah ke Arsenal juga timbul namun masih belum ada kata putus dari kedua dua pihak.

Walau apapun, peminat Arsenal pasti sekali lagi ingin melihat pasukan mereka bertarung habis habisan untuk merebut juara liga musim ini.

Begitu juga musuh tradisi Arsenal, Tottenham Hotspur. Walaupun berjaya mendapat kedudukan yang tinggi musim lalu, Spurs juga tampak seakan gagal untuk mengulangi pencapaian musim lalu.

Namun, jika Harry Kane, Toby Alderweild, Delle Ali dan Hugo Lloris dapat mengekalkan prestasi mereka seperti musim lalu, Tottenham masih lagi akan digeruni oleh pasukan lain di EPL.

Bekas Juara, Manchester City pula dijangkakan akan kembali bersaing di persada liga.

Dengan kehadiran pengurus berbakat, Pep Guardiola, kebarangkalian untuk City menerajui liga sekali lagi amat cerah.

Kehadiran Pep Guardiola, yang mempunyai falsafah tersendiri, pasti akan meningkatkan taraf permainan City.

Kecerdasan Vincent Kompany, Sergio Aguero, Kevin De Bruyne dan kehadiran pemain baru seperti John Stones pasti mengukuhkan lagi peluang Pep Guardiola untuk memenangi piala di musim  pertamanya di England.

Bagi musuh ketat City, Man United pula, musim ini adalah musim yang tampak paling cerah untuk mereka memenangi liga selepas pemergian Sir Alex Ferguson.

Bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea, Jose Mourinho mengambil alih dan beliau tidak membuang masa untuk merekrut pemain baru, termasuk memecah rekod yuran perpindahan dunia dengan pembelian Paul Pogba, dan berjaya menarik pemain berbisa dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic menyertai United.

Dengan rekod kecemerlangan beliau di liga Inggeris, Mourinho berhasrat untuk membawa kembali kegemilangan bola sepak di United, dan beliau bermula dengan langkah kanan apabila mengalahkan juara Leicester City 2-1 di perlawanan Community Shield baru baru ini.

Bagi Jurgen Klopp pula, suntikan baharu yang diberi oleh beliau kepada Liverpool mula semakin menunjukkan hasil, terutama pada penghujung musim lalu.

Kehadiran Giorgino Wijnaldum, dan kecerdasan Daniel Sturridge, Phillipe Coutinho dan James Milner akan menjadi taruhan Klopp untuk membawa pulang trofi ke Anfield musim ini.

Apa yang pasti setiap pertembungan bakal dinanti serta mendebarkan.Jangan lupa sediakan saja kopi pekat untuk menemani kita di malam hari bagi menyaksikan perlawananan musim ini..

Advertisement

Must Watch Video