Selamat Hari Ibu: Shalin Zulkifli, Serena Williams lambang perjuangan seorang Ibu
Muhammad Saufi
Mei 13, 2024 17:20 MYT
Mei 13, 2024 17:20 MYT
Perjuangan seorang ibu tiada belah baginya termasuklah dalam arena sukan berikutan tanpa seorang ibu maka tidak akan lahirnya seorang atlet.
Bekas ratu boling tenpin negara, Shalin Zulkifli, dalam sukan tiada bandingannya, bukan sahaja sebagai seorang atlet tetapi juga sebagai seorang ibu kepada seorang anak perempuan itu.
Bekas juara dunia 2003 itu mendirikan rumah tangga pada 2008 bersama Azidi Ameran -- juga bekas pemain kebangsaan -- dan dikurniakan cahaya pada pada tahun 2011 bernama Aleya Azidi.
Meskipun bergelar seorang ibu dia masih berjaya mencipta sensasi dengan pencapaian pingat emas dalam Kejohanan Dunia di Las Vegas pada 2017 dan pingat emas di Sukan SEA Singapura pada 2015.
Dia sebelum ini terus kekal aktif dalam mewakili negara biarpun pernah berehat susulan melahirkan cahaya mata tetapi masih terus menyumbangkan bakti yang tidak terkira buat keluarga dan negara.
Sepanjang kariernya dia memperoleh 32 emas dan 74 pingat keseluruhan yang dikumpulnya dalam tempoh 28 tahun bersama pasukan kebangsaan sebelum bersara pada awal 2021.
Dalam pada itu, jaguh tenis dunia, Serena Williams, yang merupakan juara 23 Grand Slam terpaksa mengambil keputusan untuk melupakan kariernya untuk sementara waktu demi memberi tumpuan membesarkan dua anak gadisnya.
Malah, ketika menjuarai Terbuka Australia 2017, dia sedang mengandungkan anak pertamanya dan tahun berikutnya dia kembali mendominasi dua gelaran Grand Slam yang merupakan sebahagian daripada 23 trofi utamanya.
Dia kini beralih fokus dalam perniagaan seperti aplikasi berkaitan kanak-kanak dan teknologi berkenaan informasi.
Kelab La Liga, Getafe, juga dilihat meraikan sambutan Hari Ibu dengan memberikan penghormatan buat setiap ibu pemain turut masuk bersama ke dalam stadium ketika perlawanan bertemu Athletic Bilbao, semalam.
The most special moment ?? ?Mother's Day at the Coliseum ? pic.twitter.com/AoaJQUkoW7
— Getafe C.F. English (@GetafeCFen) May 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut berjalan bersama ibunya adalah pemain Manchester United yang sedang di dalam pinjaman di Getafe iaitu Mason Greenwood.
Selamat Hari Ibu buat semua wanita bergelar ibu di dunia.