Skip to main content

Rencana

Selamat Hari Ibu: Shalin Zulkifli, Serena Williams lambang perjuangan seorang 'ibu'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shalin.jpg
Perjuangan seorang Ibu adalah perjuangan melawan dirinya sendiri dan tidak berbelah baginya dalam arena sukan berikutan tanpa seorang ibu maka tidak lahirnya seorang pemenang kilauan pingat daripada seorang bernama perempuan.

Bekas ratu tenpin boling negara, Shalin Zulkifli, bukan sahaja bernafas sebagai seorang atlet tetapi juga seorang ibu buat seorang anak perempuannya.

Bekas juara dunia 2003 itu yang mendirikan rumah tangga pada 2008 bersama Azidi Ameran -juga bekas pemain tenpin boling kebangsaan- serta dikurniakan seorang cahaya pada tahun 2011 bernama Aleya Azidi.

Ironinya, meskipun bergelar seorang ibu dia masih konsisten mencipta sensasi dengan pencapaian pingat emas dalam Kejohanan Dunia di Las Vegas pada 2017 selain pingat emas di Sukan SEA Singapura dua tahun sebelumnya.

Ketika itu, dia terus kekal aktif dalam mentaliti mengharumkan nama negara biarpun pernah berehat panjang susulan melahirkan cahaya mata tetapi masih terus menyumbangkan bakti yang tidak terkira buat keluarga dan sebuah negara bernama Malaysia.

Sepanjang kariernya, Shalin telah memperoleh 32 pingat emas dan 74 kilauan pingat secara keseluruhan yang dikumpul dalam tempoh 28 tahun bersama pasukan kebangsaan sebelum mengumumkan persaraan pada 2021.






Sementara itu, bekas jaguh tenis dunia, Serena Williams, yang merupakan juara 23 Grand Slam juga terpaksa mengambil keputusan untuk melupakan kariernya untuk sementara waktu demi memberikan tumpuan dalam membesarkan dua anak gadisnya.

Perjuangan seorang ibu untuk berdamai dengan karier dan keluarga tidak dapat dinafikan kerana merupakan cabaran terbesar berbanding beraksi di dalam gelanggang.

Malah, ketika menjuarai Terbuka Australia 2017, dia sedang mengandungkan anak pertamanya dan tahun berikutnya dia kembali mendominasi dua gelaran Grand Slam yang merupakan sebahagian daripada 23 trofi utamanya.

Serena kini beralih fokus dalam perniagaan seperti aplikasi berkaitan kanak-kanak dan teknologi berkenaan informasi.


Tidak terhenti di situ apabila dunia kini semakin menghargai perjuangan seorang manusia bernama ibu menerusi keasyikan sukan bola sepak yang variasi tanpa batas apabila sebuah kelab di Liga Utama Sepanyol mengangkat pengorbanan itu ke mata dunia.





Pasukan Athletic Bilbao memberikan penghormatan itu dengan buat setiap insan bernama ibu untuk berjalan bersama anak mereka yang mewakili kelab itu masuk ke dalam stadium sebelum perlawanan berlangsung sebagai momen yang epik buat para pemain.

Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bernama ibu dan berhati angkasa di seluruh dunia!

Advertisement

Must Watch Video