Sukan Olimpik Rio 2016 telah berakhir dengan jayanya dan kontinjen negara pulang dengan pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan Olimpik apabila memenangi empat pingat perak dan satu gangsa.
Walaupun pencarian emas pertama belum kesampaian, misi ini akan diteruskan di temasya Tokyo 2020 nanti.
Kini, tumpuan kita terarah kepada atlet Paralimpik yang akan berjuang di Sukan Paralimpik Rio dari 7 hingga 18 September 2016.
Seramai 21 atlet, ditemani oleh 19 jurulatih dan pegawai, akan membawa cabaran negara di bumi Brazil di mana atlet Paralimpik negara akan menyertai lapan daripada 23 acara yang dipertandingkan.
Lapan acara itu adalah olahraga, berbasikal, angkat berat, memanah, ping pong, pelayaran, tenis kerusi roda dan renang.
Bagi saya, mereka ini adalah insan yang teristimewa. Di sebalik memiliki kekurangan, mereka ini begitu cekal dalam menjadi antara yang terbaik di dalam sukan masing-masing.
Mereka juga mempunyai semangat cintakan negara seperti juga atlet Malaysia yang normal. Membawa kejayaan kepada negara demi mengharumkan nama Malaysia, adalah matlamat murni mereka.
Saya amat berbangga Malaysia mempunyai atlet Paralimpik yang bertaraf dunia, antaranya Ziyad Zolkefli yang memenangi gangsa dalam acara lontar peluru di Sukan Paralimpik London 2012.
Atlet Paralimpik lain yang dijangka akan menyerlah dan memenangi pingat untuk negara adalah Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dalam sukan olahraga.
Bagi saya, apa yang penting adalah kesemua 21 atlet Paralimpik negara yang akan berjuang di Rio ini dapat memberikan yang terbaik.
Saya percaya, jika mereka dapat melakukan itu, insya-Allah ada yang akan memenangi pingat buat negara seterusnya menikmati pencen seumur hidup dan habuan daripada Kerajaan Malaysia.
Seperti pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, atlet Paralimpik akan diiktiraf sama seperti atlet Olimpik negara, jika mereka membawa pulang pingat.
Kita rakyat Malaysia harus memberikan mereka sokongan dan semangat seperti mana kita berikan sokongan kepada atlet-atlet yang beraksi di Sukan Olimpik Rio baru-baru ini.
Kerana mereka ini juga adalah duta negara yang mengharumkan nama negara serta mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia.
Selamat berjuang buat wira dan wirawati negara.
Doakan kejayaan buat mereka!