RENCANA
Restu bersyarat B Sathianathan
Reaksi pengendali Selangor, B Sathiananthan, yang meluahkan rasa lega dan positif dengan pemilihan lima pemainnya untuk skuad kebangsaan.
Namun, restu Sathia bersyarat.
Ada tuntutan daripada bekas pengendali kebangsaan ini melibatkan lima tunjang utama Selangor dengan mengharapkan jaminan mereka mampu mengubah wajah Selangor ketika ini.
Berada di tangga ke-10 Liga Super, namun barisan pemain yang dipanggil kekal menjadi ramuan utama skuad bawah 23 dan skuad senior negara.
“Apa lagi yang perlu saya katakan, Selangor ada kualiti tersendiri. Berguru bersama skuad kebangsaan sepanjang jendela FIFA, harap kepulangan mereka ke pangkuan Selangor mampu bawa perubahan.”
Selepas keringat Satiha setakat ini hanya membawa hasil dua seri dah tiga kekalahan, kini aura skuad kebangsaan daripada skuad Tan Cheng Hoe dan Datuk Ong Kim Swee diharap mampu jadi ole ole manis untuk Red Giants.
Syazwan Zainon, Latif Suhaimi, Faiz Nasir, Halim Saari dan Syahmi Safari berada di tahap tersendiri namun apa yang membuatkan mereka lebih bernilai adalah sejauh mana kemampuan pemain ini menjadi pendorong kebangkitan Selangor selepas ini ...