Perlawanan-perlawanan dalam Piala Dunia tidak pernah lekang dengan kontroversi dan aksi penuh dramatik.
Kumpulan E
Brazil 2 Costa Rica 0
Selepas seri dalam aksi pembukaan, Brazil terus bergelut mempamerkan aksi cemerlang berdepan Costa Rica -- yang menampilkan taktikal bertahan sepanjang permainan menutup setiap ruang kepada lawan.
Jaringan Phillippe Coutinho dan Neymar pada penghujung permainan memastikan kemenangan diraih oleh skuad kendalian Tite itu bagi menghidupkan peluang mereka untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.
Serbia 1 Switzerland 2
Serbia mendahului perlawanan seawal minit kelima hasil jaringan Aleksandar Mitrovic sebelum Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri melakarkan kebangkitan buat Switzerland untuk meraih kemenangan berharga -- Switzerland menjadi pasukan pertama memenangi perlawanan Piala Dunia 2018 selepas ketinggalan dalam permainan.
Shaqiri dan Xhaka mencetus kontroversi apabila meraikan jaringan Switzerland ke atas Serbia dengan membuat isyarat bendera Albania -- di atas perbuatan mereka, FIFA tidak menggantung daripada beraksi tetapi memberikan denda sebanyak RM40,000.
Kumpulan F
Korea Selatan 1 Mexico 2
Selepas mengejutkan dunia dengan menewaskan Jerman 1-0 dalam aksi pembukaan, Mexico terus memberikan persembahan bertenaga dengan mencipta kemenangan kedua dalam saingan Piala Dunia kali ini.
Korea Selatan yang terpaksa menerima kekalahan, sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Dunia – diiringi tangisan bintang Tottenham, Son Heung-min, yang tidak dapat membantu pasukannya mencipta kejayaan dan bakal menyertai program khidmat negara selama dua tahun.
Jerman 2 Sweden 1
Pertembungan ini memberikan detik-detik yang penuh dramatik dalam saingan Piala Dunia -- selepas tewas dalam aksi pembukaan, Jerman gagal mempamerkan aksi yang baik pada awal permainan, ketinggalan menerusi jaringan Ola Toivennen dalam babak pertama perlawanan. Marco Reus menyamakan kedudukan tetapi harapan Jerman melakar kemenangan lebur apabila terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Jerome Boateng dilayangkan kad merah.
Toni Kroos menjadi wira Die Mannschaft apabila sepakan percumanya pada minit ke-95 menembusi gawang, sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.
Kumpulan G
England 6 Panama 1
6-1 merupakan kemenangan terbesar yang pernah diraih oleh England dalam kejohanan utama (Piala Dunia dan Euro), dengan hatrik Harry Kane menyaksikan dia kini mengatasi Cristiano Ronaldo dalam misi memenangi Kasut Emas.
Selepas The Three Lions mendahului perlawanan 6-0, Felipe Baloy berjaya menjaringkan gol buat Panama dalam saingan Piala Dunia dan reaksi yang dipamerkan seluruh penyokong seolah-olah mereka telah memenangi perlawanan ini!
Belgium 5 Tunisia 2
Belgium dan England merupakan pasukan yang bertuah dalam saingan kali ini, memiliki dua aksi pertama yang mudah sebagai persiapan untuk menghadapi pusingan 16. Romelu Lukaku sekali lagi meledak dua gol dan kini berada dalam persaingan merebut Kasut Emas.
Kumpulan H
Jepun 2 Senegal 2
Selepas menjadi pasukan pertama melakar kemenangan ke atas pasukan Amerika Selatan dalam perlawanan pembukaan berdepan Colombia (2-1), Jepun berdepan halangan berbeza dalam aksi kedua bertemu Senegal. Jaringan Keisuke Honda memastikan Samurai Biru terus mendahului Kumpulan H dengan berkongsi mata dengan Senegal -- menjadikan dia sebagai pemain Asia yang menjaringkan gol terbanyak dalam saingan Piala Dunia (empat gol).
Colombia 3 Poland 0
Aksi mengecewakan ketika berdepan Jepun memaksa Colombia untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk memastikan harapan untuk mara ke pusingan kalah mati kembali menyinar. Anak buah Jose Pekerman itu mendominasi permainan dan mencipta kemenangan 3-0 ke atas Poland. Bintang utama, James Rodriguez kembali ke dalam kesebelasan utama dan menjadi arkitek di sebalik kemenangan Colombia.
Robert Lewandowski yang merupakan antara penyerang berbisa bersama Bayern Munich gagal membantu Poland mencari ramuan terbaik untuk melakar kemenangan, sekali gus menjadi pasukan pertama dari Eropah yang tersingkir daripada Piala Dunia.