Aksi Liga Negara-Negara UEFA bagi Kumpulan 3 Liga A menyaksikan pertemuan di antara Perancis berdepan Portugal dengan perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat dengan enam mata sebelum perlawanan. Selaku tuan rumah, Perancis yang dibimbing Didier Deschamps menurunkan barisan terbaiknya dengan beberapa pemain utama di setiap posisi seperti Hugo Lloris, Raphael Varane, Paul Pogba, N'golo Kante, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe berada dalam kesebelasan utama.
Skuad Portugal tidak kurang hebatnya, dengan hampir kesemua pemain bebas dari kecederaan, Fernando Santos dapat menggunakan sepenuhnya khidmat Cristiano Ronaldo, Bernardo Silva, Joao Felix, Bruno Fernandes, Pepe dan Rui Patricio.
Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada final Euro 2016 dimana Portugal berjaya menewaskan Les Blues 1-0 hasil jaringan penyerang Portugal, Eder. Oh ya, dimana Eder sekarang ye? Pemain berusia 32 tahun ini kini beraksi di Liga Rusia bersama pasukan Lokomotiv Moscow dan kurang mendapat peluang bersama pasukan kebangsaan.
Berbalik kepada pertemuan di Stade de France, statistik perlawanan menunjukkan pengusaan bola 50-50 yang sama rata buat kedua-dua pasukan. Namun apa yang lebih mencuri tumpuan, dua bintang muda yang popular di dunia, Paul Pogba dan Kylian Mbappe dilihat begitu teruja dapat beraksi bersama salah seorang pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.
Selepas perlawanan, Pogba dan Mbappe memuat naik foto aksi di akaun media sosial peribadi mereka yang menyaksikan adanya kelibat Cristiano Ronaldo di atas padang. Kedua-dua pemain menghambur pujian dan kekaguman terhadap Ronaldo atas perjalanan cemerlang kariernya selaku pemain bola sepak profesional. Tapi ingat, bukan mudah mahu mencapai tahap seperti Ronaldo, tidak semudah menjadi instafamous dengan memuat naik gambar bermain bola, namun permainan tidak seberapa biarpun mewakili pasukan besar.
Tiada kontroversi luar padang, komited dan komitmen 100% kepada jersi yang disarung serta merupakan pemain paling awal sampai dan paling akhir meninggalkan padang latihan adalah antara perkara utama yang harus dicontohi oleh Mbappe dan Pogba andai mahu setara ataupun lebih dari Ronaldo. Oh ya! Ronaldo juga bijak berkata-kata di hadapan media, bukan seperti sesetengah pemain yang tiba-tiba mahu menyarung jersi Real Madrid disaat pasukan yang membayar gaji mereka beraksi tidak konsisten!
Mudah untuk memuja atau memuji seseorang selaku idola, namun melakukan apa yang dilakukan seorang idola bukan semua orang mampu.