Skip to main content

Rencana

Piala FA 2006, beli tiket dapat tambah nilai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiket-piala-fa-180517.jpg
Dengar khabar, suasana perlawanan akhir Piala FA di antara Pahang dan Kedah musim ini kurang kehangatannya.

Penjualan tiket baik di perkarangan Stadium Darul Makmur mahupun Darul Aman agak lengang berbanding sebelum-sebelum ini. Tiada insiden berasak-asak, pagar runtuh atau memanjat kaunter tiket.

Dalam laporan akhbar pula, peniaga-peniaga di Stadium Shah Alam pula tersilap percaturan dek menyangkakan ramai penyokong fanatik yang akan bermalam di sana.

Menurut Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), sejumlah 72,000 tiket telah diperuntukan untuk aksi merebut slot Piala AFC ini.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan sehingga ke tengah hari tadi, masih ramai yang menawarkan lebihan tiket untuk dijual.

Saya terkenangkan memori edisi 2006. Ketika itu Pahang membuat perhitungan dengan sebuah lagi pasukan utara, iaitu Perlis.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, hanya separuh daripada stadium -- yang mampu memuatkan kapasiti seramai 90,000 penyokong -- itu terisi.

Lebih menarik, edisi tahun itu menampilkan pasukan jemputan dari seberang tambak, Young Lions, yang mempertaruhkan bakat muda antaranya Shahril Ishak, Khairul Amri dan Qiu Li.

Nak dijadikan cerita, harga tiket final adalah RM20 tetapi apa yang istimewanya, beli sekeping dapat kad tambah nilai telekomunikasi bernilai RM20 daripada penaja utama.

Barangkali, ramai penyokong kali ini yang menanti sehingga saat-saat akhir untuk memberi sokongan di stadium.

Sama-sama kita nantikan dan yang paling penting, sejarah perseteruan di antara kedua-dua pasukan akan menambah kerancakan perlawanan pada malam ini!



 

Advertisement

Must Watch Video