RENCANA
Piala Dunia 2018: Di mana Malaysia?
Ketika ditanya mengenai Piala Dunia Russia 2018 oleh pemudahcara Hafizal Hamad dalam forum bertajuk Rusia 2018: Di Mana Malaysia? anjuran unit sukan Utusan Malaysia baru-baru ini, penulis meramal empat pasukan ke separuh akhir.
Perancis bertemu Brazil manakala Argentina melayan Jerman. Jangan ketawa! Ramalan dibuat kira-kira dua minggu sebelum Lionel Messi dan rakan-rakan dibelasah Croatia 3-0 dalam peringkat kumpulan Russia 2018.
Dalam forum yang menampilkan Datuk Ong Kim Swee dan Datuk Santokh Singh selaku panelis bersama penulis, tajuk yang diberikan bukan mudah dikupas dalam waktu kurang dua jam.
Iklan
Santokh, wira pra-Olimpik 1980, menganggap peluang terbaik negara ialah diberi hak selaku hos bersama negara Asia Tenggara lain. Itu sahaja caranya. Sinis nadanya.
“Don’t think about World Cup lah, it’s impossible'!”
“Bola sepak kita makin teruk. It’s not the football I know that we used to play.”
Bagi Kim Swee, kita harus lakukan sebaik mungkin, dengan prestasi skuad bola sepak Bawah 16 tahun dan Bawah 19 tahun serta Bawah 23 tahu memberi tanda positif.serta perancangan menerusi Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).
“Kita perlu realistik. Senario pada tahun ini, kita nampak sedikit kemajuan dan dalam masa lima hingga 10 tahun lagi kelompok pemain ini akan menjadi sandaran skuad negara. Kemudian kita harus pasang cita-cita layak ke Olimpik dan seterusnya ke Piala Dunia, dengan syarat pembangunan akar umbi dilaksanakan menerusi sistem asuhan yang efektif,” katanya.
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2018/jun/22/forum.jpg)
Pembaca boleh layari forum penuh di sini dan baca lebih lanjut laporan Astro Awani.
Penulis menyatakan beberapa perkara
# Ketika Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972, hanya ada 17 pasukan dalam kempen kelayakan zon Asia merebut tiga tiket
# Sebanyak 17 negara merebut tempat ke Sukan Olimpik 1980 yang dibahagikan kepada tiga kumpulan
# Ketika Kim Swee beraksi dalam pra-Olimpik 1991, sebanyak 29 pasukan bersaing dalam enam kumpulan dan formatnya ada dua pusingan. Berbeza dengan lanskap hari ini, dengan semua ahli gabungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berebut tempat
# FAM pernah mengumumkan perancangan untuk layak ke Piala Dunia 2014 pada 1999, disambut dengan sinis dalam kalangan pengamal media
# FAM pernah mewujudkan akademi di setiap negeri tetapi dibubarkan pada 2000 atas beberapa kelemahan ketara
# Kenapa Asia Tenggara bergelut layak ke Piala Asia dan Piala Dunia?
# Jangan tiru formula negara lain
Formula di Iceland tidak terlaksana di Malaysia.
Selain membina infrastruktur dalam dewan agar penggiatnya bisa bermain bola sepak sepanjang tahun, dengan geran daripada FIFA dan UEFA, Iceland memastikan jurulatihnya memiliki tauliah dengan lesen kejurulatihan tertinggi. Semua jurulatih profesional dan bergaji.
Untuk melatih kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas, jurulatih disyaratkan memiliki sekurang-kurangnya lesen B UEFA. Lesen B UEFA hanya satu takuk sebelum memiliki kelayakan menjadi pengurus di Liga Perdana Inggeris.
Kelab dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama tanpa iri hati politik untuk membina gelanggang bola sepak dalam dewan dilengkapi pemanas udara manakala Persatuan Bola Sepak Iceland membeli tanah bersebelahan sekolah untuk membina padang tiruan agar remaja mempunyai akses kepada kemudahan bola sepak.
Budaya dan mentaliti Jepun juga berbeza.
Apabila panelis lain mengatakan kita patut tiru Jepun, penulis berpendapat mereka sudah jauh meninggalkan kita.
Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) melancarkan banyak pelan tindakan ke arah menjadikan badan induk itu sebagai satu antara 10 organisasi terbaik di dunia, dengan pasukan bola sepaknya sebagai antara 10 pasukan terbaik dunia menjelang 2050.
Bubuhlah pelan dan apa sistem sekalipun, masalah bola sepak negara berpunca daripada kelemahan manusiawi.
Must-Watch Video