RENCANA
PIALA ASIA: Ekor Harimau Malaya sejati memang no syatu!
Sejak perlawanan epik Malaysia bertemu Korea Selatan dalam aksi akhir kumpulan E tempoh hari, banyak cerita-cerita tular tentang pengorbanan penyokong setia Harimau Malaya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk pastikan mereka dapat merasakan ‘vibe’ dan pengalaman menonton Malaysia beraksi di pentas terbesar asia.
Piala Asia: Pengorbanan 'abang rambut perang' jual motosikal untuk ke Qatarhttps://t.co/TuMiyWK6eV— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 26, 2024
Sebelum ini, viral di semua laman sosial tentang seorang penyokong tegar Derrick Gan yang sanggup menjual motorsikal untuk terbang ke Qatar tapi di Nadi Weekend edisi Sabtu, kami bawakan dua lagi penyokong Mohd Shahir dan Megat Danial yang berjaya ke sana untuk ceritakan pengalaman mereka.
https://youtu.be/Fe54-ivd48U?si=6ruF-MbRY1rok321
Iklan
Ternyata, masing masing ada kisah perit manis di belakang tabir yang terjadi antaranya iphone terjatuh dan dipijak di dalam stadium sehingga pecah ketika ingin menangkap bola kecil yang dibaling oleh pemain ke arah penonton sebelum perlawanan bermula. Ada juga yang hampir terlepas untuk terbang ke Qatar kerana masalah tiket di KLIA.
Ini membuktikan yang Malaysia mempunyai penyokong bola sepak yang sangat setia tidak kira apa jua keputusan yang diperoleh skuad kebangsaan. Lebih manis buat mereka apabila dihadiahkan dengan 3 jaringan dan 1 mata yang dibawa pulang ke Malaysia. Sudah pasti ianya memberi kepuasan maksima di atas setiap pengorbanan yang telah dilakukan demi Harimau Malaya.
Show us a picture you can almost hear. We'll go first!#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/44Y5GsOTIr— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 26, 2024
Tiada apa lagi yang diharapkan penyokong bolas epak tanah air selain dari peningkatan prestasi secara konsisten untuk menjadikan Malaysia salah satu pasukan yang digeruni di Asia Tenggara dan juga peringkat Asia seperti Indonesia dan Thailand yang mara ke pusingan 16 terbaik.
Mungkin perjalanan kita masih jauh, tapi ini merupakan satu titik tolak yang sangat berharga.
Must-Watch Video