Permainan Johor DT penuh bergaya

Hasnizam Uzir
Mac 7, 2021 17:54 MYT
Bermain dilaman sendiri menentang Kedah pada perlawanan pembukaan Liga Super serta merebut Piala Sultan Hj Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) tempoh hari telah banyak memberi kelebihan pada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dengan kualiti pemain-pemain Johor DT sedia ada sudah tentulah Johor DT menjadi pasukan pilihan untuk menjulang Piala Sumbangsih musim ini dan itu telah dibuktikan oleh pemain-pemain Johor DT setelah menewaskan Kedah (2-0).
Berdasarkan prestasi yang dipamerkan pemain-pemain Johor DT ketika menentang Kedah itu ia telah menunjukan bahawa Johor DT telah besedia untuk menggekalkan kejuaraan Liga Super untuk kali ke 8 berturut-turut.
Di mana corak permainan yang dipamirkan oleh pemain-pemain Johor DT begitu berkualiti sekali. Dengan menggekalkan falsafah dan DNA bola sepak Johor DT terutama melalui hantaran-hantaran pendek dan menyerang secara berperingkat-peringkat melalui pemain-pemain midfield yang kreatif terutama gandingan Mohd Afiq Fazail dan Ignacio Insa yang banyak memainkan peranan untuk menggerakan jentera tengah bagi memulakan serangan serta menguasai permainan.
Posted by Malaysian Football League on Friday, March 5, 2021
Namun, Johor DT masih ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki untuk melihat juara bertahan itu lebih digeruni pihak lawan pada masa hadapan. Dimana Johor DT tidak boleh mengharapkan hanya melalui satu strategi corak serangan sahaja iaitu melalui pemain-pemain sayapnya seperti Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera untuk melakukan hantaran lintang,gelecekan secara individu dan percubaan jarak jauh. Sebaliknya pemain-pemain midfield dan penyerang Johor DT perlu lebih berani untuk mengambil resiko terutama ketika di luar kawasan penalti (zon 5/14) untuk melakukan gelecekan secara solo atau melakukan hantaran satu dua selain rembatan jarak jauh.
Sekiranya corak serangan Johor DT tidak dipelbagaikan pasti mudah di baca pihak lawan terutama pasukan yang bermain secara agresif dalam memenangi bola dan pemain yang mempunyai teknikal yang baik seperti pasukan Selangor.
Johor DT juga memerlukan seorang penyerang yang lebih kreatif dalam membantu sranngan dan mampu mebuka ruang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol selain melakukan penyudah sebagaiman Pablo Aimar, Luciano Figueroa, Pereyra Diaz dan Diogo Santo. Jika ini berjaya dilengkapkan Johor DT sudah tentu ia akan menambah lagi kekuatan Johor DT serta dapat menambahkan lagi gaya permainan yang mantap dari Johor DT pada saingan musim ini.
;