Pensyarah Sains Sukan UTM mengambil langkah proaktif dalam mengangkat martabat TVET Sukan melalui penyertaan dalam pertandingan seperti Asia Massage, European Massage dan World Massage Championship.
Usaha ini bukan sahaja membuka peluang kepada tukang urut untuk mempamerkan kemahiran di peringkat antarabangsa tetapi juga memberikan pengiktirafan global kepada bidang terapi urutan.
Penyertaan tersebut memperlihatkan bahawa kemahiran urutan setanding dengan kerjaya profesional lain, sekali gus memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai warga Malaysia yang setanding dengan pakar antarabangsa.
Inisiatif ini juga membuktikan bahawa tukang urut merupakan satu kerjaya kelas pertama yang relevan dengan keperluan industri moden. Dalam konteks kewujudan spa dan terapi sukan, peranan tukang urut menjadi semakin penting dalam menyokong kesejahteraan fizikal, pemulihan kecederaan, dan peningkatan prestasi atlet.
Penglibatan pensyarah dan pelajar bidang sains sukan atau sains kesihatan dalam pertandingan ini membawa satu dimensi baharu kepada pendidikan TVET sukan, di mana teori dan amalan dapat digabungkan secara efektif. Ia juga bersifat glokal iaitu pembangunan kemahiran sukan bertaraf antarabangsa tetapi dengan identiti dan budaya tempatan turut dikekalkan seperti membaca doa, menutup badan semasa urutan, pengasingan lelaki-wanita dan lain lain.
Selain itu, penyertaan dalam pertandingan berprestij ini mengangkat nilai profesionalisme dalam bidang terapi dan rehabilitasi seperti urutan sukan, pemulihan sukan dan pencegahan kecederaan sukan. Ia memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik-teknik terkini, memahami standard antarabangsa, dan meneroka inovasi dan teknologi dalam terapi urutan di mana terdapat pelbagai kaedah dan teknik urutan yang boleh diguna pakai semasa proses rawatan.
Dengan pengalaman ini, mereka dapat membawa pulang ilmu baharu untuk di kongsi dalam program TVET sukan, seterusnya memperkasa lagi latihan dalam bidang ini.
Kerjaya tukang urut kini tidak lagi terhad kepada sektor tradisional tetapi berkembang ke dalam industri berimpak tinggi seperti bidang kesihatan dan kesejahteraan. Melalui pengiktirafan pertandingan antarabangsa, kerjaya ini bukan sahaja menjanjikan peluang pendapatan yang lumayan tetapi juga membawa status sosial yang lebih tinggi. Perkembangan ini sejajar dengan matlamat TVET sukan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing di peringkat global.
Oleh itu, selari hasrat Kerajaan, UTM juga memperkasakan program TVET melalui Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) di mana mempunyai Jabatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Termaju.
Seiring dengan tumpuan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang sukan, martabat tukang urut sukan juga wajar diangkat ke tahap yang lebih tinggi. TVET sukan membuka peluang kepada profesional dalam bidang ini untuk memperoleh latihan formal dan pensijilan, menjadikan kerjaya ini lebih profesional, diiktiraf, dan relevan dengan keperluan industri moden.
Langkah ini dapat memastikan tukang urut sukan tidak hanya dilihat sebagai pekerja sokongan tetapi juga sebagai pakar yang memainkan peranan penting dalam prestasi dan kejayaan atlet. Tukang urut juga adalah Job Creator di mana boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya satu hari nanti iaitu mempunyai perniagaan spa dan terapi sendiri.
Tumpuan kepada TVET sukan seperti fotografi sukan, urutan sukan, jurulatih sukan, pengurus acara serta fasiliti sukan memberi ruang kepada pengenalan modul dan kursus khusus dijalankan.
Melalui pendekatan ini, individu yang berminat dapat mempelajari teknik terkini seperti asas taping, kinesio taping, terapi teknologi moden termasuk terapi pemulihan dan pencegahan kecederaan, serta mendapatkan pengiktirafan formal yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini seterusnya meningkatkan keyakinan pelanggan dan pasaran terhadap profesionalisme tukang urut sukan.
Melalui sokongan TVET, bidang ini mampu menghasilkan lebih ramai pakar yang bukan sahaja mahir dari segi teknikal tetapi juga memahami sains dan teknologi di sebalik pemulihan sukan. Tambahan pula, pengiktirafan melalui TVET sukan memberikan peluang kepada tukang urut sukan untuk berdaya saing di peringkat global. Program pembangunan ini membolehkan mereka mengikuti trend dan inovasi terkini, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Oleh itu, peranan pensyarah sains sukan UTM dalam memartabatkan TVET sukan melalui penyertaan dalam pertandingan seperti Asia Massage, European Massage dan World Massage adalah usaha yang sangat bermakna.
Langkah ini bukan sahaja mempromosikan kehebatan tukang urut tempatan tetapi juga memastikan bidang ini terus berkembang selari dengan tuntutan industri, menjadikannya satu profesion yang dihormati dan relevan sepanjang zaman. Akhir kata, jom masuk dan daftar UTM. UTM Sanjungan Bangsa, Kerana Tuhan Untuk Manusia.