Sehingga ke minggu ketiga saingan Liga Super nama Dickson Nwakaeme terus relevan untuk diperkatakan.
Muncul sebagai pemusnah benteng pertahanan seterunya, Dickson antara nama utama yang di ikat gerakannya oleh pihak lawan setiap kali dalam perlawanan.
Namun itu semua belum mampu jadi jaminan malah tempoh rehat setahun 6 bulan sebelum kembali beraksi bersama Pahang bukan alasan untuk mana-mana pasukan ambil mudah setiap kali bertemu Pahang
Dickson tetap Dickson.
Impak orang besi ini terus gugat pencabar utama Pahang yang mungkin terpaksa terima hakikat, pasukan yang lebih konsisten musim 2019 beralih ke pantai timur.
Saban minggu, kelibat pemain kelahiran Lagos ini jadi tumpuan, mampukan dia sumbang jaringan dalam setiap perlawanan.
Hakikatnya Dickson sudah pun mencetak 3 gol dalam 180 minit aksi bersama Pahang dan merupakan penjaring terbanyak setakat ini.
Dickson tidak kekok dengan tumpuan yang diberikan malah istilah orang besi kembali menjadi trending setiap kali berakhir saingan melibatkan Pahang.
Lebih membanggakan lagu Negaraku juga sudah tidak asing pada Dickson.
Aksi dengan Melaka, Dickson sekali lagi diharap mampu bunuh ego pertahanan tuan rumah untuk Pahang bawa pulang 3 mata penting dan pastikan Pahang terus selesa di kedudukan utama liga super.