Skip to main content

Rencana

Pelik tapi benar -– juara Copa Libertadores akan julang piala di Santiago Bernabeu!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boca-river.jpg
Copa Libertadores, kejohanan kelab terbesar di Amerika Selatan, terpaksa berpindah venue ke Eropah untuk menentukan siapa juara di antara River Plate dan Boca Juniors.

Ia semua gara-gara tindakan luar kawalan penyokong River Plate yang menyaksikan perlawanan akhir kedua terpaksa ditangguhkan.

Dalam perlawnan akhir pertama yang berlangsung di La Bombonera menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.

Perseteruan dua kelab Argentina ini yang turut dinamakan ‘superclasico’ memang tidak boleh disangkal lagi. 

Di tambah pula dengan budaya fanatik penyokong kedua-dua pasukan, ia ibarat mimpi ngeri buat penganjur mahupun pihak berkuasa.

Maka tidak hairan apabila bas para pemain Boca Juniors diserang sebelum sepak mula perlawanan kedua sehingga menyebabkan kecederaan dengan menyaksikan River Plate didenda USD400,000 dan perlu beraksi secara tertutup untuk 2 perlawanan pertama musim 2019.

Boca ada menghantar bantahan kepada Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) untuk memberi kemenangan kepada mereka kesan serangan itu namun di tolak dengan alasan perlawanan akhir kedua tetap akan diteruskan tetapi di luar Argentina.

Jadi mengapa perlawanan itu perlu ditukar sehingga lebih 10,000 km dari venue asal?

Menurut Presiden CONMEBOL Alejandro Dominguez, Presiden Real Madrid Florentino Perez ada menawarkan venue stadium Santiago Bernabeu ‘secara percuma’ selepas insiden serangan itu.

“Madrid merupakan bandar yang mempunyai populasi rakyat Argentina terbesar, di luar Argentina. Ia merupakan bandar ke-10 paling selamat di dunia, lapangan terbang dengan rangkaian terbaik, di samping terkenal dengan tradisi bola sepaknya.

Malah, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, dalam akaun Twitternya turut menyatakan kesediaan Sepanyol menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini dengan memberi jaminan keselamatan buat pemain dan para penyokong.

Apa yang menarik, perlawanan ini akan menyaksikan kedua-dua penyokong akan diberikan akses untuk menonton; sesuatu yang tidak akan berlaku di Argentina.

Penyokong lawan tidak dibenarkan berada di dalam stadium di Argentina sejak 2013 bagi mengelakkan rusuhan dan keganasan yang sudah meragut banyak nyawa sejak 30 tahun lalu. 

Perlawanan ini dijangka berlangsung pada 9 Disember – hanya sembilan hari sebelum sepak mula separuh akhir kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA.

Juara Copa Libertadores akan mewakili benua Amerika Selatan untuk beraksi di Piala Kelab Dunia yang turut disertai juara benua Eropah Real Madrid serta juara benua Asia Kashima Antlers.

 

Advertisement

Must Watch Video