SUKAN LAIN

Paralimpik Tokyo: Latif Romly idam rekod dunia

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
05/08/2021
13:18 MYT
Sponsor Banner
Paralimpik Tokyo: Latif Romly idam rekod dunia
Pemegang rekod dunia acara lompat jauh T20, Latif Romly, tidak berdepan sebarang rintangan dalam persiapan akhirnya sebelum Sukan Paralimpik Tokyo yang bermula 24 Ogos depan.
Menjelang kempen mempertahankan pingat emasnya lima tahun lalu, sokongan keluarga secara tidak langsung menjadi dorongan utama buatnya.
"Saya rasa berdebar kerana temasya akan bermula 19 hari lagi.
"Saya dan keluarga selalu berhubung dalam panggilan video. Emak berpesan supaya buat yang terbaik di Tokyo dan jangan tinggalkan solat.
"Dia juga kata saya jangan terlalu banyak berfikir," katanya.
Selain matlamatnya ke sana semestinya untuk mengekalkan kejuaraan, tetapi adalah lebih manis jika dia dapat memperbaharui rekod dunia yang dipegangnya sejauh 7.64m yang dilakar dalam temasya di Rio 2016.
"Kalau boleh saya hendak pecahkan rekod dunia tapi tidak perlu terlalu fikirkannya.
"Lompatan saya ada peningkatan dan boleh mencapai 8m."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video