Atlet boccia negara, Chew Wei Lun, meneruskan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan B, Sukan Paralimpik Tokyo 2020, dan terbaru menjadikan lawan dari Republik Czech, Katerina Curinova, sebagai mangsanya di Pusat Gimnastik Ariake.
Sejak end pertama lagi, Wei Lun sudah mula tunjuk penguasaan apabila menang 4-0.
Baki dalam tiga lagi end, atlet di ranking ke-11 dunia itu ternyata tidak memberi ruang buat Katerina untuk bangkit apabila terus mendominasi permainan untuk menang mutlak 11-0.
Menanti Wei Lun dalam suku akhir esok adalah pemenang pingat perak temasya London 2012, Zhang Qi.
"Saya rasa bersyukur kerana akhirnya dapat melepasi sasaran layak ke suku akhir," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Shaiful Shamsudin
Mon Aug 30 2021