RENCANA
Nidzam Jamil punya misi
Kedudukan ke-10 dalam Liga Super 2019 memberi sedikit kesan dan tekanan kepada pengendali muda pasukan Felda United FC, Mohd Nidzam Jamil, untuk memastikan pasukan kendaliannya dapat berada di kedudukan yang lebih baik musim ini.
Walaupun mengharungi perjalanan yang sukar sepanjang musim lalu kerana perubahan pucuk pimpinan Felda United dan kekangan kewangan kelab itu, yang hampir membawa Felda United terjerumus ke Liga Perdana, disaat-saar akhir saingan liga super, Nidzam berjaya mengekalkan kedudukan Felda United dalam Liga Super.
Musim ini sekali lagi menjadi cabaran kepada pengendali Felda United itu apabila ramai pemain berpengalamannya meninggalkan pasukan termasuklah ketua pasukan, Hadin Azman.
Namun, itu bukan penghalang kepada Nidzam untuk mencapai misi yang diletakan olehnya sendiri, iaitu untuk mastikan Felda United berada di kedudukan lebih baik berbanding musim lalu.
Untuk memastikan misi itu tercapai, dengan peruntukan yang diberikan, Nidzam mengunakan pengalamannya dalam mengurus tadbir pasukan dengan membawa pemain-pemain import berpengalaman seperti Khairul Amri, Nicolas Velez, Ryutaro Megumi, Frederic Bulot dan Nikola Raspopovic untuk mengimbangi kekuatan pemain tempatan dan seterusnya dapat bersaing dengan pasukan-pasukan hebat dalam Liga Super.
Masa inilah pengorbanan dan kerja berpasukan dituntut Nidzam daripada pemain-pemainnya untuk membuktikan bahawa mereka boleh melakukannya sekiranya mempunyai keinginan dan keazaman yang tinggi untuk membawa pasukan ketahap yang lebih baik kerana dalam bola sepak, tidak ada yang mustahil sekiranya setiap individu itu bekerja keras dan jujur pada diri sendiri.
Bagi penulis, ini masa terbaik buat Nidzam untuk mebuka mata pengurusan-pengurusan bola sepak di Malaysia bahawa jurulatih muda juga mampu menggalas tugas sekiranya diberikan kebebasan untuk mengurus tadbir pasukan.