Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, kali terakhir memenangi kejuaraan di pentas Jelajah PSA pada Mac tahun lalu dalam saingan Terbuka Ciudad de Floridablanca sebelum prestasinya tidak konsisten selepas itu.
Detik paling sukar dan mencabar untuk bekas pemain nombor 1 dunia ini pada tahun 2016 tanpa sebarang gelaran juara di Jelajah PSA sehingga cetus situasi mungkin zaman kegemilangannya hampir berakhir.
Bukan mudah untuk bertemu dengan Nicol dalam sesi latihan dan peluang untuk bertemu dan menemuramahnya pada Khamis tidak dilepaskan selepas kali terakhir penulis bertemunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA sejurus berakhir Sukan Asia tempoh hari.
Apa yang pasti, Nicol gagal pamer aksi konsisten dalam 3 saingan Jelajah PSA iaitu Terbuka China, Terbuka Netsuite dan terbaru, Terbuka Amerika Syarikat.
Sememangnya kejayaan Nicol raih emas di Sukan Asia kita tidak akan pernah lupa tetapi sudah pasti dia sendiri turut dahagakan kejuaraan di pentas Jelajah PSA.
Akan datang menanti Nicol adalah Terbuka Hong Kong di mana kejohanan itu paling memberi kenangan manis untuknya apabila sudah 10 kali rangkul kejuaraan di sana sejak 2006 hingga 2015. Satu pencapaian yang cukup memuaskan.
Adakah Nicol mampu untuk hadirkan sesuatu di gelanggang kegemarannya itu pada minggu hadapan? Kita harapkan usaha kerasnya berhasil untuk pamer aksi memuaskan di Hong Kong nanti selepas hanya raih pencapaian terbaik di suku akhir sahaja dalam 3 kejohanan terdahulu.
Semoga berjaya Nicol !