Skip to main content

Rencana

Ngauman ‘The Three Lions’ gegar kalendar 2019

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skysports-harry-kane-england_4492825.jpg
Jika dibandingkan dengan Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah, sudah pasti Liga negara-negara Eropah ini jauh dibelakang. Namun bagaimana England dari sebuah pasukan yang dilihat akan tersingkir dari liga ini, bangkit mencatat kemenangan dan menempah tempat ke separuh akhir.

Anak buah Gareth Southgate ini harus dipuji apabila berdepan dengan finalis Piala Dunia 2018,Croatia. Mereka bagaimanapun seakan tidak mengendahkan pandangan tersebut, seterusnya fokus dalam aksi yang pantas dan momentum inginkan kemenangan.

England pada mulanya ketinggalan satu kosong menerusi jaringan penyerang Croatia Andrej Kramaric pada minit ke 57. Namun percaturan Southgate memasukkan Jesse Lingard dari bangku simpanan mendatangkan hasil apabila England berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila Lingard menyumbat gol pertama England pada minit 78.

Harry Kane seterusnya bertindak sebagai penyelamat dengan jaringan kemenangan 7 minit kemudian bagi membuktikan England telah bersedia berdepan cabaran lebih besar selapas ini.

Lingard juga yang diundi sebagai pemain cemerlang perlawanan sebagai aksi pemain gantian dan jaringannya yang menyuntik kenaikan momentum pasukan England.

Dua jaringan dalam masa 12 minit akhir perlawanan  meletak England di tangga teratas kumpulan A4 dan membawa mereka ke pusingan final di Portugal pada Jun akan datang.
 

Advertisement

Must Watch Video