Jimmy Butler membuktikan nilainya sebagai aset penting kepada Golden State Warriors apabila menjadi tonggak utama selepas Stephen Curry untuk kemenangan 95-85 ke atas Houston Rockets dalam perlawanan pertama siri playoff.
Dalam penampilan sulungnya Bersama Warriors sejak perpindahan pada Februari lalu menyaksikan dia menyumbang 25 mata, termasuk enam mata penting dalam 2 minit akhir yang juga membantu Curry, penyumbang terbanyak perlawanan dengan 31 mata menjadikan 56 jumlah mata yang disumbang mereka untuk mengesahkan kemenangan dan mendahului siri best of seven 1-0.
Kombinasi Butler dan Stephen Curry kini dilihat sebagai gandingan yang sangat berbahaya.
Ketua jurulatih Warriors, Steve Kerr, meluahkan pujian terhadap prestasi Butler menyifatkan beliau sebagai pemain yang membawa mentaliti kemenangan dan peranannya bukan sahaja dilihat daripada segi angka statistik tetapi aspek kepimpinan di gelanggan yang memberi inspirasi kepada seluruh pasukan.
Sebelum ini, Butler pernah memberi komen mengenai Steph Curry yang menyatakan, “semua pasukan akan ada peluang jika Stephen Curry berada dalamnya”.
Selepas perlawanan hari ini juga, Butler memberi pujian kepada Curry sebagai ‘batman’ pasukan. Ia nyata memberi gambaran bahawa chemistry Butler bersama Curry dan Warriors semakin baik sehingga membawa kepada kemenangan.
Dengan kemenangan ini, pemain berusia 35 tahun ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin baru Warriors, malah juga menghantar isyarat jelas dalam liga NBA bahawa kehadirannya di San Francisco bukan sekadar untuk melengkapkan skuad, sebaliknya membawa misi memburu kejuaraan.
https://x.com/ClutchPoints/status/1914174316599791973

JIMMY BUTLER III ICES IT ?
— NBA (@NBA) April 21, 2025
WARRIORS WIN GAME 1 IN HOUSTON! pic.twitter.com/q4lmdPiMeY
Sebelum ini, Butler pernah memberi komen mengenai Steph Curry yang menyatakan, “semua pasukan akan ada peluang jika Stephen Curry berada dalamnya”.
Selepas perlawanan hari ini juga, Butler memberi pujian kepada Curry sebagai ‘batman’ pasukan. Ia nyata memberi gambaran bahawa chemistry Butler bersama Curry dan Warriors semakin baik sehingga membawa kepada kemenangan.
Jimmy Butler III
— Golden State Warriors (@warriors) April 21, 2025
RANGE.
? @NBCSAuthentic pic.twitter.com/Cal7oolNCg