Legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Yaya Toure dan John Terry, adalah antara beberapa bintang yang ketiadaan kontrak pada musim panas ini.
Kedua-duanya disertai oleh Zlatan Ibrahimovic dan Santi Cazorla selaku pemain-pemain yang mampu diperoleh dengan perpindahan percuma.
Daripada kelab-kelab dalam EPL, Manchester City dikhabarkan akan melakukan pembersihan besar-besaran, dengan sekurang-kurangnya enam pemain bintang, sedang ditunjukkan pintu keluar.
Toure belum lagi ditawarkan lanjutan kontrak sambil rakan-rakan sepasukan, Gael Clichy, Jesus Navas, Bacary Sagna dan Willy Caballero turut terharap-harap untuk terus mendapat kepercayaan pengurus, Pep Guardiola.
Legenda kelab, Pablo Zabaleta, pula sudah pun mengesahkan akan angkat kaki dan diberikan perpisahan beremosi di Stadium Etihad hujung minggu lalu.
Dalam pada itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger, juga belum menawarkan apa-apa – baik secara lisan – kepada Cazorla yang diketahui kerap cedera.
Pemain berjersi No.9 Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, juga tiada sebarang jaminan apa-apa selepas menjalani pembedahan lututnya di sebalik dia harus ternanti-nanti isyarat Jose Mourinho masih memerlukan khidmatnya sekurang-kurangnya untuk semusim lagi.
Rakan sepasukan, Michael Carrick, juga ketiadaan kontrak baru walaupun ada ura-ura dia akan dikekalkan semusim lagi.
Revolusi Manchester City di bawah kendalian Guardiola harus akan dipercepatkan – tambahan pula mereka ketiadaan trofi musim ini -- dengan enam pemain yang telah banyak berjasa dalam kejayaan The Citizens pada musim-musim silam, bakal menerima ucapan selamat jalan dan selamat berjaya di tempat lain.
Tonggak Liverpool, Lucas Leiva, adalah seorang lagi yang akan mengucapkan selamat tinggal ketika Jurgen Klopp berkira-kira untuk meneruskan penambahbaikan pasukan – jaya atau tidaknya The Reds kembali dalam persaingan Liga Juara-Juara musim depan.
Chelsea pula telah mengumumkan Terry, 36, akan berundur pada musim panas ini walaupun pemain itu dikhabarkan menarik minat beberapa kelab pesaing dalam EPL – antaranya Swansea, Bournemouth dan West Bromwich -- untuk menagih kudratnya buat setahun lagi.
Pengurus bertaraf juara, Antonio Conte, turut berdiplomasi dengan menyatakan masih terlalu awal untuk kaptennya itu bersara tapi pada masa yang sama, tidak memujuknya untuk menyambung khidmat bersama The Blues.
Sudah sedemikian nasib pemain pada usia senja hinggakan legenda Manchester United dan England, Wayne Rooney, sekalipun sudah merudum ke tahap pemain picisan.
Bola sepak tidak menaruh sebarang sentimen atau simpati pada ketika segala-galanya berkisar kepada keputusan positif dan kejayaan yang menolak jauh-jauh sebarang kegemilangan silam.
Cuma, bezanya mereka ini berundur dengan berstatus jutawan.