Mun Yee terkurung di bilik
Sharon Wee
Januari 30, 2020 16:59 MYT
Januari 30, 2020 16:59 MYT
Penerjun negara Leong Mun Yee, bukan sahaja terlepas meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga di Malaysia, tetapi terkurung di Pusat Aquatik Chengdu kerana penularan Coronavirus di China.
Saya sempat berinteraksi dan memberi ucapan tahun baru kepada Mun Yee yang akan beraksi di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun juga edisi ke 5nya.
Dalam misi membutirkan pingat buat tanahair tercinta di temasya Olimpik yang akan bermula pada 24 Julai ini, Mun Yee tekad fokus kepada objektifnya di negara tembok besar itu, walaupun kampung halaman di Ipoh merupakan tempat terbaik untuk dia bersama keluarga pada hari perayaan.
Tambahan lagi, Coronavirus yang meragut banyak nyawa di China juga menjadi cabaran besar untuk atlet 35 tahun itu.
- Nama pusat latihan dan berapa lama di China?
- Berapa penerjun negara and siapa jurulatih?
- Ada pasukan lain berlatih bersama penerjun negara?
- Ini kali ke berapa Mun Yee berada di luar negara ketika Tahun Baru Cina?
- Bagaimana anda raikan perayaan di Chengdu?
- Apa langkah diambil di pusat latihan untuk elak dijangkiti Coronavirus?
- Apa yang Mun Yee paling rindu ketika ini?
- Selalunya bagaimana penerjun di China raikan Tahun Baru Cina?
- Sebagai rakyat berbilang kaum di Malaysia, apa makna perayaan ini untuk anda?
- Harapan anda untuk tahun baru 2020?
Juga harapan besar di Sukan Olimpik 2020 Tokyo supaya saya dapat tunjuk prestasi terbaik dan hadirkan pingat terutamanya kilauan emas.
Gong Xi Fa Cai!!!