Malaysia meraikan kejayaan Syarul Azman Mahen Abdullah atau lebih senang dikenali sebagai Mike Mahen muncul Mr. Asia dan Mr. Universe 2019.
Ini juga kejayaan kelima di Asia dan keempat-empat berturut-turut dalam Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik.
Semuanya berbunga dan tampak sempurna di luar tetapi pernah tak kita terfikir kepahitan dan kesusahan peribadi yang dilalui seseorang atlet?
Ada atlet yang pernah berkongsi mereka bukanlah mesin pingat, tetapi sekadar seorang manusia biasa yang berjuang demi nama negara yang tetap diselubungi dengan pelbagai cabaran hidup.
Dalam mencipta sejarah Mike, atlet 46 tahun dari Kuala Lumpur ini melalui masalah rumahtangga yang berakhir dengan perceraian dan dalam kesibukan mencari kejuaraan Mike sedih tidak selalu dapat berjumpa dengan anaknya.
Seperti seorang pelakon, Mike terpaksa tersenyum dan menunjukkan aura positif di atas pentas walaupun minda dan hati bercelaru.
Ada kalanya tidak cukup wang untuk membeli suplemen, Mike amat menghargai bantuan jurulatih, rakan dan penaja yang menjadi sumber motivasi untuk dia terus berkecimpung dalam sukan bina badan sejak 19 tahun lalu.
Ujar Mike, kejayaan ini juga untuk anaknya dan berharap peminat sukan akan terus menyokong dan menghargai pengorbanan atlet demi menaikkan nama Jalur Gemilang.
Dalam pada itu, legenda bina badan negara, Datuk Malek Noor, amat bangga dengan kecemerlangan Mike, dan berharap dia akan dicalonkan sebagai Olahragawan Kebangsaan dengan kali terakhir atlet bina badan diangkat menjulang anugerah itu ialah Sazali Samad pada 2014.