RENCANA
MPLMY: Ocean Black masih 'sidai' penyokong kemenangan pertama
Salah satu pasukan baru saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15, Ocean Black, masih bergelut untuk memperoleh kemenangan pertama di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Pasukan yang dahulu dikenali sebagai Miracle Gaming di Liga Akademi MLBB (MAL) bagaikan masih belum menemukan rentak mereka di MPLMY apabila bertemu pasukan-pasukan senior seperti Team Vamos dan Todak yang semestinya berpengalaman di pentas E-Sukan terbesar di Malaysia.
Ocean Black masih belum meraih sebarang kemenangan dalam 4 aksi terakhir mereka apabila tewas menentang DX Soul, Team Vamos, Todak dan Aero Esports (2-0) yang berlangsung sebentar tadi.
Iklan
DX Soul yang juga merupakan pasukan baru musim ini telah merekodkan satu kemenangan apabila berjaya menewaskan Ocean Black di minggu pertama MPLMY S15. Perlawanan selepas ini bakal menyaksikan Ocean Black bertemu JP Niners pada Ahad ini. Mampukah OB sumbang kemenagan pertama mereka untuk penyokong setia?
Must-Watch Video