Disaat pengerusi kelab, Ed Woodward, pernah mengatakan jendela perpindahan musim ini akan sedikit suram kerana pandemik COVID-19, situasi semasa menunjukkan sebaliknya kerana The Red Devils dilihat sedang sibuk menguruskan penjualan dan pembelian pemain bagi mempersiapkan pasukan menghadapi saingan musim hadapan.
Paling hangat diperkatakan sudah tentu mengenai pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho, yang dikahabarkan semakin hampir ke Old Trafford. Modus operandi pembelian secara bayaran ansuran dan juga bonus berdasarkan prestasi pemain, sama seperti cara mereka mendapatkan Bruno Fernandes, dilihat mendapat kerjasama dari Borussia Dortmund.
Andai perpindahan ini menjadi kenyataan, jentera serangan United perlu diberikan lebih perhatian oleh lawan kerana mereka memiliki kelompok pemain muda seperti Anthony Martial, Marcus Rashford, Mason Greenwood, Daniel James dan Jadon Sancho sendiri.
Dalam masa sama, United secara mudah melepaskan Alexis Sanchez kepada Inter Milan. Sanchez menyertai Inter Milan secara percuma dan menandatangani kontrak selama tiga tahun sehingga 2023.
Bahagian tengah mungkin menyaksikan tiada pembelian baru memandangkan Ole Gunnar Solskjaer sendiri sudah memiliki barisan pemain yang cukup solid. Bruno Fernandes, Paul Pogba, Nemanja Matic dan Scott McTominay memang sudah berada dalam perancangan jangka panjang OGS, cuma nasib Fred & Lingard mungkin berbeza kerana media antarabangsa melaporkan mereka tiada dalam perancangan masa hadapan OGS. Tetapi jika dua pemain ini pergi dan ada kekosongan, James Maddison dan Jack Grealish boleh menjadi pilihan?
Di bahagian pertahanan, Chris Smalling dijangka akan kembali untuk memperkuatkan barisan pertahanan selepas hampir separuh musim berkelana ke AS Roma. Biarpun beraksi dengan sangat baik dan digemari peminat AS Roma, kegagalan mencapai kata putus antara kedua-dua kelab menyaksikan Smalling 'terpaksa' pulang ke Old Trafford.
Manakala pemain muda, Brandon William, menandatangani kontrak baru lima tahun selepas beraksi cemerlang di posisi pertahanan kiri musim lalu.
Posisi penjaga gol sedikit memeningkan kerana United memiliki senarai penjaga gol yang amat baik. Bagi penulis, kedudukan nombor satu adalah milik David De Gea, tetapi Sergio Romero turut mempunyai kualiti yang amat baik, selain prestasi cemerlang Dean Henderson yang dipinjamkan ke Sheffield United. Malah, ada laporan yang mengatakan United sedang dalam proses mendapatkan Kasper Schmeichel dari Leicester City dan juga Jan Oblak dari Atletico Madrid.
Pada pendapat penulis, bagi posisi penjaga gol, andai sejarah menjadi ukuran di Manchester United, penjaga gol yang berusia 30-an dan ke atas selalunya akan mecapai kemuncak prestasi seperti yang terjadi kepada Peter Schmeichel, Edwin Van Der Sar dan Fabien Barthez.