Skip to main content

Rencana

Meeraj ekori Farkhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

151116meeraj.jpg
Bukan mudah untuk menghidupkan sukan baru di Malaysia. Dodgeball, luncur air, wall climbing, tinju profesional sudah lama dimainkan di luar negara namun sedang mencari tapak di Malaysia.

Atlet sukan ini perlu bekerja lebih keras bukan saja untuk menjuarai kejohanan besar, malah melakukan kerja promosi sama ada di akhbar atau laman atas talian.

Siapa kenal Muhammad Meeraj Omar?

Dia peninju profesional yang memiliki impian jadi sehebat legenda Filipna, Manny Pacquiao.

Meeraj baru memenangi pertarungan merebut tali pinggang light heavyweight Organisasi Tinju Universal (UBO)-Asia Pasifik menewaskan peninju Indonesia.

"Kejayaan yang amat emosi. Saya melalui pelbagai cabaran untuk memenangi tali pinggang pertama ini. Kejayaan ini menguatkan lagi semangat saya untuk mencabar gelaran dunia," katanya.

Memang, peninju profesional antara yang sedang bergelut untuk menghidupkan karier mereka kerana tiada bantuan kewangan sama ada daripada Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Negara.

Mereka perlu berusaha mendapatkan penaja untuk berlatih, membayar gaji jurulatih atau menyertai kejohanan luar negara.

Berapa pula gaji untuk diri sendiri?

"Buat masa ini, saya tidak bimbang dengan diri sendiri. Saya masih boleh meneruskan tugas dan minat ini demi negara. Soal ganjaran, saya percaya suatu hari nanti saya akan dapat pulangan atas apa yang saya usahakan," katanya.

Kepayahan Meeraj mengingatkan saya kepada Farkhan yang berdepan masalah kewangan pada 3 tahun pertama sebelum memenangi tali pinggang Majlis Tinju Asia (WBC) kategori cruiserweight, Julai lalu.

"Orang tidak nampak kepayahan, mereka lebih gemar meraikan kejayaan. Saya akan berusaha untuk menggembirakan semua pihak selagi terdaya," kata Farkhan, peninju kelahiran Johor.

Meeraj juara Asia Pasifik, Farkhan juara Asia. Kategori berbeza namun tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan bertembung sesama sendiri.

Bukankah ia promosi yang baik untuk tinju profesional Malaysia?

Advertisement

Must Watch Video